Tuesday, April 01, 2008

50 kisah usahawan wanita Malaysia









Penulis: Norlela Zubir
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Batu Caves, Selangor
Muka Surat: 166

Memilih mentor dalam bisnes adalah perlu dalam mengurus bisnes. Ia memberi motivasi kepada usahawan mencontohi sifat gigih mentor itu. Cerita berkenaan pengalaman dan cabaran bisnes usahawan itu dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada usahawan.

Seiring pembangunan pesat negara, peningkatan dan upaya usahawan wanita membanggakan. Terlalu ramai yang sudah berjaya melangkah jauh ke hadapan dan menguasai bidang-bidang bisnes yang dahulu dimonopoli kaum lelaki.

Dengan sifat semula jadi wanita yang umumnya teliti dan prihatin, mereka berjaya membuktikan kebolehan setanding, malah ada yang lebih menyerlah berbanding kaum Adam. Namun tidak dapat dinafi-kan antara faktor penyumbang kepada kejayaan mereka adalah sokongan padu suami dan ahli keluarga.

Tanpa sokongan kuat insan-insan itu sukar bagi wanita dapat menyeimbangkan kerjaya mencabar sebagai usahawan dengan peranan sebagai isteri, ibu dan ahli masyarakat.

No comments:

Post a Comment