Muka surat: 128
Hati kita adalah tempat pandangan Allah swt. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. Hati kita pula adalah raja pada seluruh anggota badan.
Apabila hati itu baik maka baiklah seluruh anggota badan. dan apabila hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu banyak sekali nasihat dan tunjuk ajar yang telah ditinggalkan oleh Rasullullah saw kepada ummatnya sebagai "Penawar" yang sangat mujarrab bagi merawat dan menjaga kesihatan hati.
Apa yang diharapkan semoga himpunan "40 Hadis Penawar Hati" ini dapat membantu kita dalam usaha ke arah melahirkan hati yang sihat. bersih dan sejahtera. Maka dengan itu kehadirannya akan diterima di sisi Allah swt. pada hari kiamat nanti.
No comments:
Post a Comment