Muka surat: 110
Buku ini terdiri daripada enam bab yang membincangkan tentang cara-cara mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Keenam-enam bab tersebut memuatkan misteri kejayaan, Persiapan Menuju Kejayaan, Usaha-usaha Untuk Berjaya, Kegagalan Adalah Jalan Menuju Kejayaan, Pemangkin Kejayaan dan Penutup.
Buku ini juga menghimpunkan idea-idea kejayaan individu dan tokoh yang pandai menguruskan kehidupanmereka sehingga mencapai kejayaan. Secara keseluruhannya, buku ini mengetengahkan pendapat pakar-pakar tentang sifat-sifat positif yang perlu untuk menuju kejayaan, disulami dengan teknik penceritaan dan pengalaman individ-individu berjaya dengan bidang masing-masing.
Cara gaya ini boleh menyuntik semangat pembaca untuk mempersiapkan diri menjadi orang yang berjaya buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat umur, terutama pelajar, dan guru, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment