Saturday, November 04, 2006

Kesan kemasukan pekerja asing ke Malaysia







Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar, kita boleh berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India dan China yang bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu rumah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika.

Kedatangan pekerja asing ini tentulah untuk bekerja di negara yang mempunyai banyak peluang pekerjaan ekonomi khususnya pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan perniagaan. Pekerja asing ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu pekerja yang datang secara sah dan pekerja yang datang melalui jalan belakang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pekerja yang datang ke Malaysia secara sah umumnya telah ditentukan jenis pekerjaan, majikan, tempat tinggal dan telah melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Mereka kemudiannya diberikan permit kerja yang dinyatakan tempoh kerja mereka di negara ini. Kategori pekerja jenis ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit, mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah kepada masyarakat. Majikan mereka juga lebih bertanggungjawab dengan menyediakan tempat kediaman, makanan dan perkhidmatan perubatan.

Kategori kedua ialah PATI yang tidak pernah melalui proses seperti kategori pertama. Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, risiko penyakit berjangkit yang tinggi seperti tuberculosis (tibi) dan mudah dieksploitasi. PATI yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah hanya membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan penghantaran ke negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej implikasi buruk terhadap negara asal pendatang berkenaan.

Tarikan untuk mendapat pendapatan lumayan di Malaysia akan memberi rangsangan dan dorongan kepada pekerja asing ini untuk menggunakan semua cara sama ada secara sah ataupun tidak. Ada yang menggunakan “lorong semut” di sempadan untuk membolosi kawalan keselamatan negara, menipu pas pengajian pendidikan, menggunakan pas lawatan sementara dan berkahwin dengan warganegara tempatan.

Contoh kes berkaitan ialah penipuan pas pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah beberapa hari yang lalu. Mereka datang ke Malaysia semata-mata untuk berniaga kain dan permaidani sedangkan dalam permohonan adalah untuk belajar. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kolej ini telah lari daripada matlamat sebenar penubuhannya dan mementingkan keuntungan jangka pendek. Di sini peranan orang tempatan membawa masuk pekerja asing sangat jelas dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi membendung kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Kes ini adalah iktibar kepada pihak berkuasa Malaysia yang menunjukkan bahawa pekerja asing dan PATI akan menggunakan apa sahaja ruang, peluang dan kelemahan yang ada untuk bekerja di negara ini. Segelintir ahli masyarakat tempatan yang ingin cepat kaya akan gelap mata melihat perniagaan ini dan membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan rakyat Malaysia. Walaupun mengetahui wujudnya undang-undang berkaitan perkara ini, demi wang ringgit mereka lebih mengutamakan kehendak diri sendiri daripada masyarakat dan negara.

Kehadiran PATI dan pekerja asing bagi memenuhi permintaan di sektor kritikal seperti pembinaan dan perladangan adalah gambaran sifat bergantung yang keterlaluan dalam pembangunan tenaga kerja. Jumlah PATI seramai 600,000 orang boleh sahaja memberi maklum balas dan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan Malaysia. Usaha kerajaan seperti pengampunan, sebatan dan pembekuan pengambilan pekerja asing yang baru tidak pernah menghalang lebih ramai PATI untuk mencari rezeki di negara ini.

Hakikatnya, semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia memperlihatkan wujudnya kegagalan pelaksanaan program pencegahan dan pengawalan yang berkesan bagi membendung masalah ini. Kepintaran dan kebijaksanaan agensi penguatkuasa yang terlibat belum mampu memberikan tindakan penyelesaian yang mantap bagi mengurangkan kehadiran PATI ini. Apakah kita perlu menunggu kebanjiran pekerja asing dan PATI yang menimbulkan huru-hara dan menyebarkan penyakit barulah kita akan terburu-buru mencari penyelesaiannya? Ataupun fenomena ini kesan sampingan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020?

Setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan mengenai tingkah laku dan kegiatan negatif pendatang ini yang melibatkan pergaduhan dan kematian. Pendedahan demi pendedahan menjadikan kita tertanya-tanya apakah yang berlaku. Sehari ke sehari terdapat sahaja pendatang yang ditemui mati di tepi jalan, mati kerana bergaduh di rumah kongsi dan mati kerana membalas dendam.

Begitu juga dengan kes-kes jenayah yang kecil seperti ragut, rompakan, rogol, mencuri, berkhalwat, berzina dan mengganggu anak gadis sudah biasa kita dengar. Aktiviti sampingan ini telah mengganggu keharmonian masyarakat Malaysia dan memberi motivasi kepada sebilangan kecil daripadanya untuk turut bersama-sama terlibat dengan jenayah. Di Kedah umpamanya, sepasang suami isteri ditangkap kerana bersubahat membantu sekumpulan pendatang asing dari Kuala Lumpur melakukan jenayah pecah rumah dan rompakan. Hasil rompakan tersebut dibahagikan sama rata dan perbuatan tersebut terus diulangi dari semasa ke semasa sehinggalah ditangkap.

Terdapat banyak sebab kenapa kes jenayah banyak melibatkan pekerja asing dan PATI. Antaranya ialah kesempitan kewangan. Hidup di bandar besar dengan pendapatan yang kecil adalah sesuatu yang membebankan. Tidak salah kalau kita beranggapan bahawa PATI yang terlibat ialah mereka yang bernafsu besar dan mahu cepat menjadi kaya tanpa memikirkan dosa dan kesulitan yang akan dialami oleh mangsa. Pergaduhan sesama etnik dari negara yang sama turut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati dan membalas dendam. Kadangkala perkara yang kecil turut melibatkan kematian seperti yang berlaku tidak lama dahulu iaitu mati kerana berebut tandas. Kejadian ini melibatkan pekerja dari Mynmar.

Sesetengah daripada mereka yang telah lama bekerja di negara ini diketahui mengambil peluang perniagaan rakyat tempatan dengan memajak lesen ataupun secara terang-terangan berniaga bakso di tepi jalan. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan yang tidak sabar dengan siasatan pihak berkuasa mengambil tindakan sendiri sama ada memberi amaran ataupun membelasah pendatang ini. Tentulah mereka mempunyai sebabnya seperti tidak ada permit, mengganggu peniaga-peniaga tempatan yang mempunyai lesen perniagaan dan tahap kebersihan makanan yang disediakan tidak memuaskan.

Mengatasi masalah sosial yang ditimbulkan oleh PATI dan pekerja asing melibatkan kerjasama tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Kerajaan sebagai agensi pembentuk, pengawal dan pelaksana dasar mempunyai peranan yang sangat besar bagi mempastikan kemasukan PATI dihalang sepenuhnya. Keupayaan kerajaan membentuk dan mengawal dasar memang sangat membanggakan tetapi lemah dalam aspek pelaksanaan. Walaupun banyak program pencegahan dilaksanakan seperti program pemutihan dan pengampunan, masih ramai PATI yang menyeludup masuk ke negara ini.

Kesudahannya lebih ramai pekerja asing dan PATI membuka kampung sendiri, menyekolahkan anak-anak di sekolah kerajaan, menggunakan perkhidmatan kesihatan kerajaan dan mewujudkan kawasan setinggan baru.

Pihak swasta bertanggungjawab mempastikan pekerja mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan dan perladangan mempunyai permit kerja yang sah dan mengutamakan pekerja tempatan. Sekiranya mereka mengabaikan kepentingan pekerja yang sah ini, kejadian seorang majikan yang mendapat penyakit tibi akan dapat dielakkan. Kejadian yang berlaku ini memberi iktibar kepada mereka yang ingin mendapat tenaga buruh yang murah kerana tanpa pemeriksaan kesihatan, seseorang PATI boleh menyebarkan penyakit secara diam-diam.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada agensi penguatkuasa untuk melicinkan operasi pembasmian dari semasa ke semasa. Mereka tidak seharusnya memikirkan ganjaran yang akan diberi sekiranya memberi maklumat kerana tanggungjawab membanteras pendatang asing tanpa izin ini turut menjadi sebahagian tanggungjawab rakyat yang bermaruah.

Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin.



20 comments:

  1. Anonymous2:00 PM

    salam..
    terima kasih bg info pasal ni..
    it helps me a lot to complete my assignment..

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:28 AM

    Tq.. idea tuk asgnment aku gak....

    myspace.com/attorney00

    ReplyDelete
  3. thnx yaa !
    nk pecah kple otak crik
    info pasal ney . .
    akhirnyee !
    tlh ku temui . .
    lalala . .
    ney ntok debat souk . .
    yeay !
    da ade isi . .

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:58 PM

    haha... dapat info gak... kmi pun nak wat assignment ni gak...
    huhu..
    terima kasih wahai penulis...

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:20 AM

    tq..pd penulis ni..
    nasib baik jmpa kalu tdk hbis la ken mrh ngan cikgu..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:06 PM

    emmm.............jgn salahkn 100 % pati and n pdtg asing..........rakyat mlsia pun tk wat berkerjasama....emmm.........kn ada kesedarn lh...

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:50 AM

    thanks for the information,,
    really help me in my essay..
    may God bless you.. :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:57 AM

    salam..
    terima kasih sgt kpd en zahir zainudin..
    karangan en. dah banyak membantu saya dlm penulisan karangan SPM..
    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:44 PM

    tq to de pnulis ? huhu .

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:30 AM

    thnx a lot..

    ReplyDelete
  11. Thank you for giving a information.

    ReplyDelete
  12. Anonymous4:16 PM

    thnx !! dpt jgk idea nk wat karangan kemasukan pendatang asing niee .. hee ..

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:53 PM

    Thanksss.. this helped me to do my essay

    ReplyDelete
  14. ahha ! trimas tuan belog .
    minta izin copy artikel neh .
    buad karangan chegu bagi . heeee xD

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:28 AM

    tq..blh copy nk ciapkn keje sek yg ckgu bg..hehe..:D

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:48 PM

    terima kasih . info ini bolehlah saya gunakan untuk exam pengajian am stpm saya .

    ReplyDelete
  17. eiycha10:55 PM

    terima kasih.. sangat2 mbantu saya dalam mbuat tugasan.. izinkan sya utk 'mcopy'.. : )

    ReplyDelete
  18. thanx coz helping to complete my essay in trial spm... =) huhu

    ReplyDelete
  19. Anonymous8:34 PM

    thanks for the information. idea yang bagus untuk isi assignment

    ReplyDelete
  20. Anonymous11:21 PM

    tq...this info can help me in pgjian am trial paper....

    ReplyDelete