Kehidupan komuniti bertambah baik dari semasa ke semasa setelah pelbagai program pembangunan dilaksanakan secara terancang dan dikawal selia. Konsep kualiti hidup sangat berkait rapat dengan perubahan di dalam komuniti dan sistem sosial dari peringkat kurang memuaskan ke peringkat yang baik, selesa dan sangat memuaskan. Bagaimanapun aspek kualiti hidup ini juga merangkumi aspek sosial, budaya, agama, politik dan perubahan persekitaran seperti globalisasi.
Sudut yang akan dibincangkan dalam tulisan ini ialah peranan dasar sosial terhadap pembangunan modal insan khususnya kemiskinan. Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan merumuskan bahawa kegagalan agensi kerajaan memainkan peranan secara berkesan bagi mengurangkan serta mengatasi masalah kemiskinan menyebabkan ramai golongan miskin sukar keluar dari kepompong kemiskinan.
Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku ? Dengan pelbagai dasar dan program yang telah dilaksanakan, agensi kerajaan masih gagal mengurangkan jurang kemiskinan sama ada di bandar atau di luar bandar. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kadar kemiskinan tegar pada keseluruhannya ialah 0.7 peratus manakala kadar kemiskinan relatif ialah 4.3 peratus. Agensi kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pertubuhan-pertubuhan pemikir seperti Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai cabaran yang maha besar kerana negara telah menetapkan matlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5 peratus pada tahun 2009.
Satu kes kemiskinan tegar yang menarik untuk diketengahkan ialah kisah wartawan TV3, Haidir Ahmad yang secara tidak sengaja terjumpa sebuah perkampungan yang daif di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Pahang. Sebuah keluarga sembilan beranak mendiami sebuah pondok buruk 20 tahun yang lalu amat menyedihkan. Makan tengah hari keluarga ini ialah bubur nasi dan pucuk tumbuhan hutan. Abdul Jabar Masai, 42 tahun sebagai ketua keluarga adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak bekerja, mengharapkan bantuan RM200.00 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk menyara isteri dan tujuh anak yang berusia 2 hingga 19 tahun. Dia juga telah memohon skim Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk membaiki rumah sejak 19 tahun yang lalu. Namun permohonan yang diluluskan pada 5 Disember 2001 sebanyaj RM2000.00 tidak pernah sampai ke tangannya.
“Saya merayu kepada orang pejabat, minta tolong sebab duit PPRT belum diterima oleh saya,” keluh Abdul Jabar sewaktu ditemui.
Kemiskinan menyebabkan dua daripada anaknya terpaksa menamatkan pengajian setakat Darjah 6 manakala 2 orang anaknya masih bersekolah di dalam Darjah 4 dan Darjah 1. Dua orang lagi anaknya masing-masing berumur 2 dan 4 tahun. Kes ini bukanlah satu-satunya kes kemiskinan tegar di Ulu Tembeling. Terdapat berpuluh-puluh lagi kes seperti ini yang tidak didedahkan. Ada yang terpaksa menoreh getah dengan kadar RM10.00 sehari untuk menyara 6 orang anak. “Kalau tak kerja, anak saya tak makan, minta bantuan rumah PPRT belum dapat.” Itulah antara luahan isi hati golongan miskin tegar yang mengharapkan bantuan dan simpati daripada kerajaan.
Kesempitan hidup menyebabkan ramai yang terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu membiayai perbelanjaan persekolahan. Akan bertambahlah golongan yang berpendapatan rendah ini yang tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Dapat dibayangkan sejauh mana mereka ini akan mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila terpaksa bersaing dengan persekitaran yang sentiasa menanti.
Masalah kemiskinan tegar ini adalah lumrah di kawasan luar bandar kerana kes-kes seperti ini amat jarang sekali diberi perhatian. Apatah lagi jika terdapat ketua keluarga yang hilang upaya untuk menjana ekonomi keluarga.
Senario seperti ini telah mengundang beberapa pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan memberi cadangan terutamanya mengkaji semula sistem kebajikan Negara. Majlis Belia Malaysia (MBM) umpamanya meminta kerajaan mengkaji semula sistem kebajikan masyarakat supaya golongan daif, cacat dan miskin mendapat pembelaan dan bantuan sewajarnya. MBM berpendapat punca mengapa sesetengah golongan yang memerlukan masih tersisih dan gagal mendapat bantuan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam sistem penyampaian.
Majlis Persatuan Orang Buta Malaysia (MPOBM) pula mencadangkan diwujudkan semula Kementerian Kebajikan Masyarakat supaya usaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik lebih berfokus dan bantuan yang disalurkan lebih terjamin. Di samping itu dapat meningkatkan jumlah peruntukan bagi membantu golongan berkaitan. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) berpendapat penubuhan kementerian berkenaan akan menjamin kerja-kerja kebajikan dijalankan dengan lebih menyeluruh.
Namun begitu, apakah dengan penubuhan kementerian khas ini akan menyelesaikan masalah yang ada ? Apakah langkah ini adalah yang terbaik untuk menangani masalah golongan kurang bernasib baik di negara kita ? Ianya tidak mampu merungkai masalah sedia ada dengan hanya menambah bilangan anggota kabinet dan kakitangan kementerian dalam pentadbiran kerajaan tanpa memberi kesan positif kepada kumpulan sasar. Ada pula berpendapat kementerian sedia ada patut memfokuskan tugas hakiki dengan cara memantapkan sistem pengurusan. Selain daripada itu, kerjasama semua pihak boleh mempastikan program dan pelaksanaannya dapat dinikmati oleh golongan sasar.
Apakah langkah terbaik yang boleh kita ambil untuk mengatasi kemelut pertindihan tugas di antara kementerian ini ? Banyak langkah yang boleh diketengahkan untuk membantu komuniti miskin di semua peringkat. Antaranya ialah kemahiran keusahawanan.
Budaya keusahawanan wajar disemai sejak kecil supaya apabila besar kelak dapat menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara melalui cukai pendapatan dan zakat. Keusahawanan mampu mengeluarkan diri daripada kefakiran ekonomi dan mengubah keadaan hidup. Perkaitan kemiskinan dan keusahawanan adalah saling bantu membantu bagi mengeluarkan masyarakat daripada kawah kemiskinan. Agensi kerajaan perlu melaksanakan usaha membantu komuniti miskin untuk berdikari meningkatkan taraf hidup masing-masing. Peranan yang dimainkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sangat menggalakkan sehingga berjaya membentuk sebuah komuniti miskin yang berdikari seara kecil-kecilan. Kita tidak memerlukan polisi yang komprehensif tetapi kumpulan sasarnya langsung tidak mahu berusaha atau malas untuk mengubah keadaan hidup sendiri. Begitu juga dengan polisi dan program pembangunan yang ada tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak ada maklum balas dan respons yang positif dan aktif daripada kumpulan sasar.
Modal pelaburan yang paling berkesan dan utama untuk dibangunkan ialah modal insan atau manusia melalui sektor pendidikan. Pelaburan yang intensif dalam pendidikan akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kematangan dalam kehidupan seterusnya membangunkan ekonomi dan komuniti keseluruhannya. Di samping itu ia turut membantu menyemai nilai-nilai sosial yang sangat diperlukan dalam komuniti dan menghalang serta menepis segala masalah sosial daripada mengganggu kesejahteraan hidup ahli komuniti dari semua peringkat.
Polisi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa kini lebih tertumpu kepada berkongsi kemajuan melalui semua institusi. Perkembangan dan kemantapan pendidikan secara meluas telah membantu membina sumber daya manusia yang cemerlang pada semua peringkat. Ini adalah bukti yang jelas mengenai peluang pendidikan yang diberikan oleh kerajaan pada semua golongan masyarakat. Kesediaan dan kesungguhan kerajaan melaburkan peruntukan yang banyak bagi membangunkan infrastruktur seperti lebuh raya, jambatan, naik taraf jalan raya dan memperkemaskan sistem pengangkutan negara telah menggalakkan perkembangan ekonomi komuniti khususnya di luar bandar. Pembangunan aset individu dan komuniti ini melalui pembangunan infrastruktur juga memainkan peranan yang sangat penting di samping sektor pendidikan. Melalui proses urbanisasi ini, kemiskinan tegar dan relatif akan semakin menguncup dan mula melangkah keluar daripada takuk yang lama. Lebih mudahlah adik-beradik kemiskinan ini diatasi.
Pelaburan sosial adalah salah satu kaedah penyelesaian yang boleh diambil kira bagi membangunkan modal insan. Program sosial tidak dapat dipisahkan daripada program ekonomi kerana kerana gabungan kedua-dua program ini akan menghasilkan modal manusia (human capital) yang sangat produktif, mahir dan berpengetahuan. Kejayaan program ini bergantung kepada hubungan yang erat di antara individu, komuniti dan kerajaan. Individu sebagai unit paling asas dalam tiga elemen ini perlu memenuhi keperluannya sendiri terlebih dahulu sebelum dapat memenuhi keperluan komuniti dan negara. Bagaimanapun komuniti dan negara boleh membantu memenuhi keperluan individu melalui pelbagai program yang dilaburkan dalam pembangunan sosial.
Malaysia telah mempunyai Dasar Sosial Negara(DSN) yang dilancarkan pada 2003 yang lalu sebagai dasar payung yang merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020. DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.
Objektif umum DSN ialah menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kaum, agama,budaya, gender dan wilayah agar dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berkekalan. Objektif khusus pula ialah menggariskan empat objektif yang saling lengkap melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya. Dasar Sosial Negara telah digubal untuk memastikan bahawa keperluan hidup yang menyeluruh menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.
Dasar sosial yang berkesan akan memberi hala tuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan DSN wajar dipantau dan diperkukuhkan agenda perkembangannya bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial negara. Pelaburan sosial yang berkesan sangat menekankan kepentingan membangunkan modal sosial seiring dengan modal manusia. Kejayaan DSN bergantung sejauh mana modal manusia ini mampu bertindak balas dengan cabaran-cabaran yang ada. Perancang dan pembuat polisi perlu berhati-hati ketika membuat pilihan sektor yang berpotensi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masayarakat kerana ia mengundang risiko yang sangat tinggi jika gagal memilih dengan bijaksana.

No comments:
Post a Comment