Monday, December 01, 2014

Sedekah luar biasa








Penulis:  Zaharuddin Abdul Rahman
Tahun: 2014
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 178

Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda bahkan sedekah mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan umat manusia.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Setiap kebaikan dan kebajikan itu adalah sedekah”. Inilah prinsip yang mesti dipegang oleh setiap muslim agar setiap detik kehidupan itu terus-menerus diberi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Ingatlah, derma daripada seorang yang sedikit hartanya lebih besar ganjarannya daripada derma individu yang banyak hartanya.

Lalu, apa lagi alasan kita sebagai muslim? Bersedekahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong. Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk dengan pencarian wang secara mementingkan diri tanpa sebarang pemberian?

No comments:

Post a Comment