Bertanya dan
meminta pendapat dapat meluaskan horizon pemikiran kita. Malah kita juga dapat
bertukar-tukar fikiran dan menilai kekuatan pendapat orang lain.
Namun jika
terlalu bergantung pada pendapat orang lain sahaja tidak akan mengembangkan
idea dan buah fikiran kita. Silap hari bulan kita hanya jadi pak turut kerana tidak
ada pendirian.
Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan pendapat orang
lain sebagai panduan untuk mengukuhkan idea sendiri seperti kekuatan dan
kelemahan serta memilih pendapat yang relevan.
Dengan teknologi komunikas hari
ini, kita boleh pilih siapa sahaja untuk mendapatkan pandangan, terpulang
kepada kita untuk menentukannya.
No comments:
Post a Comment