Sikap kita adalah
perkara kecil yang mampu mengubah segala-galanya. Ada orang yang prihatin
dengan sikapnya terhadap diri sendiri atau orang lain. Ada orang yang kurang
peduli dengan sikapnya dan membiarkan orang lain menentukan arah tuju fikiran
dan hidupnya.
Sikap ini amat penting, biarpun kecil, kesannya akan memberi
impak besar dalam hidup. Contohnya, seorang remaja yang sedar bahawa dirinya
tidak ada harapan besar dalam pelajaran, boleh berjaya dalam hidupnya jika
dapat menukar sikapnya.
Dia tidak boleh terus kecewa kerana tindakan itu tidak
boleh menjadikannya pandai dalam pelajaran. Dia perlu menukar sikap, mencari
peluang membangunkan diri dengan ilmu dan kemahiran bekerja, berniaga atau
mencari pendapatan sendiri.
Dengan mengubah sikap terhadap hidup, kita dapat
mengubah banyak perkara.
No comments:
Post a Comment