Wednesday, December 17, 2014

Urus peluang secara bijaksana








Begitu bayak perkara dalam hidup yang dapat kita nikmati apabila kita sanggup mencari peluang. Contohnya rajin belajar, melanjutkan pelajaran ke universiti, mendapat pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan sebagainya. 

Semuanya boleh dicapai jika kita sanggup berusaha dalam pelbagai cara sesuai dengan kemahuan kita. Konsep peluang yang kita fahami ialah datang secara tiba-tiba atau ketika masa-masa tertentu tetapi peluang juga boleh dirancang, dibentuk dan digunakan sebaik-baiknya untuk menikmati hidup. 

Begitu juga peluang membentuk personaliti yang menawan dan ada tarikan, sebenarnya kita boleh berusaha ke arah itu dengan usaha yang gigih. 

Carilah peluang untuk jadikan setiap hari yang kita lalui lebih ceria dan bermanfaat.


No comments:

Post a Comment