Bukan kedudukan
tetapi sikap kita yang menentukan sama ada kita bahagia atau gagal, menang atau
kalah. Kedudukan yang saya maksudkan adalah jawatan, pangkat atau status
sosial.
Semua ini kurang penting berbanding sikap yang ada pada diri. Contohnya
disiplin diri. Hari ini, kebanyakan kerja mesti ada disiplin diri untuk
selesaikan kerja kerana banyak perkara yang perlu buat dibuat.
Antaranya
disiplin masa yang mana dalam masyarakat kita masih longgar. Berjanji pada
pukul 3 petang, biasanya pukul 3.30 petang baru sampai.
Sama ada seseorang itu
ketua jabatan atau penghantar surat, datang pukul 3 boleh dilakukan oleh
sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan.
Sama ada kita sebagai ketua, pekerja
atau rakan kongsi, sikap yang ada pada diri dapat menentukan kejayaan atau
kegagalan.
No comments:
Post a Comment