Tuesday, December 16, 2014

Pilih kasih









Kita wajar berusaha untuk bersangka baik kepada orang lain tanpa memilih kasih. Tidak kira bagaimanapun keadaan seseorang itu, sama ada kecil atau besar, bergaji kecil atau besar, ada rumah atau tidak ataupun seorang yang rajin atau malas. 

Kita wajar melayan sesama kita dengan baik dan berniat untuk bersama-sama mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup. 

Cemburu atau sifat-sifat yang sepertinya merosakkan sifat sangka baik kerana menganggu gugat nilai-nilai murni, nilai-nilai baik yang semula jadinya ada dalam diri setiap orang. 

Secara umumnya, kita sentiasa bersangka baik kepada orang lain sehinggalah kita mempunyai persepsi tertentu yang menentukan sama ada kita memberi persepsi positif atau persepsi negatif, sayang atau benci dan menjadi kawan atau musuh. 

Sebaiknya bersangka baik ini wajar dijadikan panduan membina hubungan yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment