Wednesday, December 10, 2014

Usah merungut, cari penyelesaian

 
 
 



Seorang lelaki terkejut apabila doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya sehingga ke bawah lutut. 
 
Sekiranya dia masih menunggu, risikonya ialah kaki tersebut akan dijangkiti gangren. Jika tidak dipotong, kos rawatan akan meningkat, keluarga juga akan terbeban kerana perlu membawanya mendapat rawatan dan keadaan rumah juga perlu diubah suai. 
 
Lelaki ini menangis memikirkan bagaimana kehilangan sebelah kaki akan mengubah hidupnya. Dia amat takut memikirkan semua kemungkinan itu. 

Dia membuat keputusan untuk menerima saranan doktor dan dia hilang sebelah kaki. Dia hidup dengan banyak rungutan lebih-lebih lagi terpaksa memasang kaki palsu. 

Jika dia berpuas hati dan membiarkan kehidupan berlalu, sampai bila dia dapat maju? Dia perlu bertindak.

No comments:

Post a Comment