Thursday, December 11, 2014

Hargai bakat dan kemahiran








Pendidikan sekolah rendah, menengah dan universiti terdedah kepada persaingan. Pelajar yang tidak mahu belajar, malas belajar atau tidak menghargai peluang belajar akan tertinggal di belakang. 

Kalau dapat kita mahu semua pelajar rajin dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan mereka. 

Ada dua elemen yang membolehkan mereka berjaya iaitu disiplin diri dan motivasi diri untuk kompeten dalam pendidikan formal. Kedua-dua elemen ini menjadi pemangkin yang penting dan wajar diterapkan dalam sistem pembelajaran. 

Dengan menerapkan elemen ini, pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bijak dan menguasai inovasi dan teknologi selain boleh memajukan bidang sukan dan kegiatan kokurikulum. 

Kita semua bertanggungjawab memajukan pelajar-pelajar ini.


No comments:

Post a Comment