Sunday, December 14, 2014

Usaha cari rezeki








Rezeki atau habuan yang kita terima setiap hari telah ditentukan Allah swt. Jadi, tidak perlu beriri hati atau cemburu apabila rakan-rakan, jiran atau saudara-mada yang mendapat rezeki lebih sedikit daripada kita. 

Allah swt memang melebihkan rezeki seseorang berdasarkan usaha masing-masing. Orang yang bekerja 110 peratus tentulah hasilnya juga lebih banyak kerana dia banyak berfikir, bekerja, bertindak dan merancang. 

Insya Allah, orang yang berusaha dengan gigih, bijak dan menggunakan teknologi akan lebih mudah melihat hidupnya menjadi lebih baik. Cemburu tidak banyak memberi kelebihan kepada orang yang tidak mahu berusaha kerana tenaga negatif lebih banyak mendominasi fikirannya. 

Jadi, berusahalah supaya Allah swt memberi rahmatnya kepada kita.



No comments:

Post a Comment