Monday, December 29, 2014

Indeks al-quran: panduan mencari ayat al-quran








Penyusun: Haji Mustakin
Tahun: 2010 (cetakan kedua)
Penerbit: Pustaka Jiwa Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 492

Indeks Al-quran ini memuatkan daftar kata yang terdapat dalam al-quran (terjemahan Bahasa Melayu) yang disusun secara susunan huruf. Daftar kata ini disajikan dalam bentuk tema. Inilah keunikan Indeks Al-quran ini jika dibandingkan dengan buku-buku seumpamanya. Dalam buku ini dimuatkan kutipan penggalan ayat yang memuatkan kata tersebut beserta keterangan nombor surah dan ayatnya. Keunikannya yang lain adalah setiap tema disusun berdasarkan kata dasarnya yang kemudian diikuti oleh beberapa subtema yang merupakan turutan dari kata dasar (yang sebahagiannya boleh jadi digabungkan dengan kata ganti), kata ulang atau gabung kata.

Keunikan-keunikan ini sangat memudahkan kita dalam mencari ayat-ayat al-quran. Cukup hanya dengan mengetahui satu kata dasar, dengan cepat dan mudah kita dapat menemui surah dan ayat yang memuatkan pelbagai kata dasar.

Contohnya, melalui indeks yang disediakan, kita dapat menemui ayat-ayat al-quran yang lengkap dengan nombor surah dan ayat yang mengandungi kata dasar. Selain itu, kita juga dapat menemui  ayat yang mengandungi amal soleh (kata gabung), beramal atau amalan (kata turunan), amal-amal mereka (kata ulang) dan sebagainya.

Alat bantu seperti Indeks Al-quran ini amat diperlukan oleh para pemikir, cendekiawan, ulama, penulis, pengajar, pelajar dan mahasiswa serta sesiapa sahaja yang menjadikan al-quran sebagai panduan dalam hidup mereka.


No comments:

Post a Comment