Kadangkala dalam
hidup kita, peluang dan ancaman datang silih berganti.
Jika banyak peluang,
kita bersyukur atas rahmat Allah swt kepada kita. Jika ancaman yang lebih
banyak, apa yang kita patut fikirkan?
Seorang wanita berbangsa Irish menjahit
kata-kata hikmah pada kain yang digantung di dinding rumah. Kata-kata tersebut
berbunyi, “Semoga kamu mendapat empat anugerah terbesar kehidupan iaitu kerja
yang halal, selera makan yang sihat, pasangan yang baik dan rahmat dari Tuhan”.
Dalam menghadapi ancaman dalam hidup seperti kemiskinan, susah hati, hilang
pendapatan atau apa sahaja, kita tidak patut risau mengenai apa yang orang lain
ambil daripada kita, sebaliknya fikirkan apa yang patut kita lakukan dengan apa
yang tertinggal.
No comments:
Post a Comment