Apa-apa sahaja
pemikiran yang positif lebih baik daripada pemikiran yang negatif. Kita harus
menerima hakikat bahawa semua orang memiliki cabaran masing-masing.
Ada yang
berhadapan dengan cabaran kewangan (ini cabaran yang biasa kita lihat), cabaran
kesihatan, kekeluargaan atau cabaran kepimpinan. Ada yang beruntung kerana
dapat mengenal pasti cabaran mereka dengan jelas.
Saya percaya cabaran-cabaran
yang sukar dalam hidup memberikan kita peluang terbaik bagi mengembangkan
pengalaman dan kematangan.
Disebabkan cabaran ini, kita lebih prihatin dengan
perbelanjaan keluarga, prihatin dengan pengorbanan ibu bapa, mendapat sokongan
rakan-rakan dan berupaya menghadapi risiko dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment