Friday, December 05, 2014

Beban hidup dan harapan






Sesetengah orang melihat kesudahan yang tiada harapan, manakala sesetengah yang lain melihat harapan yang tidak berkesudahan. Dua perspektif yang berbeza kerana asas pemikiran yang berbeza juga. 

Bagi orang yang sudah tidak dapat melihat apa-apa yang positif dan baik dalam hidup mereka, setiap hari yang dilalui umpama beban kerana menganggap keadaan hidup terlalu sukar diteruskan. 

Orang begini perlu didampingi dan dibimbing kerana fikirannya telah buntu daripada memikirkan jalan keluar. 

Bagi orang yang melihat harapan demi harapan, mereka amat sedar bahawa kebaikan sentiasa ada di hadapan mereka, cuma menanti masa untuk menerimanya.


No comments:

Post a Comment