Wednesday, December 31, 2014

Sayangi rakan









"Berikan hadiah yang terbaik untuk orang yang kita sayangi atau hormati". 

Cadangan daripada kata-kata ini sangat sukar kerana ia perlukan kesungguhan hati yang benar-benar mahu memberi hadiah. Saya bawakan contoh bagaimana kesan memberi dan mendapat hadiah yang terbaik. 

Kisah ini berlaku di luar negara di sebuah universiti. Suatu hari pelajar dari pelbagai negara menunaikan solat jemaah. Selepas solat, beberapa pelajar terperasan salah seorang rakan mereka memakai jaket kulit yang agak mahal dan baru. 

Dikhabarkan beliau mengumpul duit untuk membeli baju berkenaan. Lalu seorang rakannya memuji kecantikan jaket yang dipakai. 

Keesokan harinya, lelaki yang memakai jaket mahal tadi berjumpa kembali rakannya yang telah memujinya tadi sambil membawa satu hadiah. Apabila dibuka, ia adalah jaket yang mahal kelmarin. 

Lelaki itu berkata, “saya sayang kamu lebih daripada saya sayang jaket ini”.


No comments:

Post a Comment