Monday, December 15, 2014

Big book of wit & wisdom






Penulis: Reader’s Digest
Tahun: 2009
Penerbit: Reader’s Digest Association Limited, London, UK.
Muka Surat: 319

No one is born hating another because of colour of his skin, or his background, or his religion. People must learn to hate, and if they can learn to hate, they can be thaught to love, for love comes more naturally to the human heart. – Nelson Mandela


The time is always right to do what is right. – Martin Luther King, Jr

Go, and never darken my towels again. – Groucho Marx

Lebih daripada 3000 kata-kata hikmah dan petikan yang dipetik daripada pemimpin, pencetus, reformis, tokoh dan pejuang dimuatkan dalam buku ini. Setiap kata-kata dipecahkan kepada lapan tema seperti perkahwinan, ucapan terakhir, kematian, ulang yahun kelahiran, persaraan, politik, kritikan pedas dan ucapan pada batu nesan.

Di setiap muka surat, kita akan menjumpai kata-kata yang paling menarik meliputi masa kanak-kanak, perkahwinan, kemahsyuran, pekerjaan, galakan, persahabatan, semua jadi, sains, sastera, peperangan dan cinta.

Olahan kata-kata daripada minda yang hebat dan pemikir ini merupakan penzahiran pengalaman yang berbeza bagi idea yang sama.

Setiap bab juga diserikan dengan koleksi mini yang berbeza susunannya. Ia disusun begitu supaya mereka yang inginkan petikan yang ringkas dan pendek dapat mengingati dan berkongsi dengan orang lain.

Banyak cara untuk menggunakan buku ini seperti sebagai rujukan, sumber penguat semangat atau subjek pengajaran. Satu hal yang menarik adalah buku ini menghimpunkan kata-kata dan petikan yang sudah berlalu dalam tempoh masa yang panjang.




Post a Comment