Di sekitar kita,
jika kita perasan, ada orang yang mudah senyum, sekali pandang kita nampak
bibirnya seakan-akan sedikit terbuka untuk senyum.
Biasanya kalau orang senyum
kepada kita, secara automatik kita pun akan senyum kepada orang tersebut.
Memang ada orang yang semula jadinya mudah untuk senyum, mungkin faktor
keturunan atau pengaruh persekitaran yang mendorong mereka untuk senyum.
Bagaimana pula orang yang sukar senyum
walaupun kita senyum kepadanya?
Kalau terjadi seperti ini, langkah awal ialah
tidak perlu ambil hati kerana rakan kita tadi mungkin ada masalah atau tekanan
hdup ataupun dalam keadaan emosi yang sedikit terganggu. Carilah masa lain
untuk senyum.
Lirik lagu senyum oleh kumpulan nasyid Raihan menyifatkan memberi
senyum adalah sedekah, jadi banyakkan senyuman supaya kita banyak memberi
sedekah.
No comments:
Post a Comment