Friday, November 28, 2014

Ubah cara berfikir








Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu, kita boleh mengubahnya dengan lisan atau fizikal kita. Sekiranya kedua-dua cara ini kita tidak mampu, bagaimana kita hendak lakukan? 

Dalam banyak keadaan, jika kita ada sedikit kuasa dan tanggungjawab, kita boleh memilih salah satu daripadanya. Kita boleh memerintahkan sahaja atau memberi amaran, nasihat dan memujuk. Mungkin salah satu akan berfungsi tetapi semasa tidak ada apa-apa, bagaimana kita melakukannya? 

Jika kita memang tidak mampu mengubah, cara terbaik adalah ubah cara kita berfikir mengenainya. Fikir positif memberi kekuatan kepada kita untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam, kreatif dan masuk akal. 

Jadi, elakkan daripada mengeluh dan merungut kerana kita boleh kawal pemikiran kita.



No comments:

Post a Comment