Ada sesetengah
kejadian dalam hidup kita yang terus terpahat dan melekat dalam memori kita.
Kita dapat mengingati kejadian itu sampai bila-bila masa sepanjang hayat kita.
Sama ada kenangan itu suatu yang indah atau pahit, kita akan ingat supaya dapat
belajar tentang kehidupan.
Biasanya tarikh-tarikh penting kita akan ingat
seperti tarikh lahir, perkahwinan atau kelahiran dan kematian. Saya sendiri
masih ingat kematian seorang rakan sekolah yang berumur lapan tahun kerana
demam kuning.
Rakan saya ini mengingatkan saya tentang keperluan mendapatkan
rawatan biarpun demam biasa.
Saya yakin anda juga mempunyai kenangan manis dan
pahit yang dapat menjadikan hidup anda penuh berwarna-warni.
No comments:
Post a Comment