Penulis: Joseph L. Soeters
Tahun: 2005
Penerbit: Routledge, New York, USA
Muka surat: 144
Buku ini bertujuan memahami punca-punca dan kedinamikan konflik intranasinal seperti yang berlaku ke atas Eropah (Ireland Utara, wilayah Basque di Sepanyol, Corsica di Perancis, bekas Yugoslavia dan Albania) dan beberapa buah negara sedang membangun (Rwanda, Liberia, Sierra Leone, Sudan, Uganda, Haiti, India, Pakistan dan sebagainya) serta bagaimana konflik ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh organisasi pengganas di peringkat nasional dan antarabangsa.
Soeters mengutarakan sembilan mekanisme asas analisis dan definisi dalam disiplin sains sosial seperti sosiologi, anthropologi, sains politik dan sains psikologi untuk memahami apa yang berlaku. Sembilan tema tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam setiap analisis bab.
Kemuncak kepada penerbitan buku ini ialah mengenal pasti beberapa pertimbangan yang ditujukan kepada pembentukan polisi yang dapat menghalang dan menghentikan konflik. Pelajar-pelajar yang sedang mengkaji konflik dan keganasan amat sesuai menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan penting dalam literatur mereka.
salam syawallls..
ReplyDelete