Wednesday, September 23, 2015

Puas membantu









Saya yakin bahawa satu kerja yang sangat mulia ialah membantu orang lain untuk berjaya dalam hidup mereka. Berfikir mengenai orang lain dapat memberikan ganjaran atau pahala yang lebih lumayan merupakan satu usaha yang lebih baik. 

Pada masa yang sama berpotensi mengubah hidup kita. Membantu orang lain memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Kepuasan ini boleh menjadi pendorong untuk meneruskan aktiviti-aktiviti bantuan ini. 

Dalam organisasi yang lebih tersusun, kepuasan membantu orang lain boleh kita katakan sebagai akativiti kesukarelaan. Saya lihat di sini, kesukarelaan semakin mendapat tempat dalam kalangan orang-orang muda. 

Apabila kita sendiri berusaha dan bersusah-payah berikhtiar memberikan sumbangan kepada orang lain, baharulah kita benar-benar berpuas hati.


No comments:

Post a Comment