Zainudin MZ, Faez Mohd Nasir, Muhammad Syafiq Abdul Rahman,
Amierul Fahmi Giman, Mohd Azfar Othman, Muhammad Nur Syahmi Anns
1.0 Pengenalan
Malaysia mempunyai
masyarakat yang berbilang bangsa, wujud perbezaan diantara masyarakat dinegara
kita seperti bahasa, cara hidup, ekonomi, politik, tempat tinggal dan hubungan
sosial. Di semenanjung, penduduk asal adalah orang Melayu, manakala di Sabah
Sarawak pula terdapat beberapa bangsa yang menjadi penduduk asal dikenali
bumiputera (pribumi). Penduduk lain ialah Cina, India dan orang asli. Masalah
perpaduan wujud implikasi daripada pemisahn tempat tinggal, perbezaan
kepercayaan atau agama, fahaman politik dan
masalah ekonomi.
1.1 Objektif Kajian
Memeperlihatkan
kerjasama dalam kalangan masyarakat di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Meningkatkan
kualiti keharmonian sesama etnik pada masa kini berbanding dahulu. Melahirkan
rasa syukur dikalangan rakyat atas perpaduan yang kecapi sehingga hari ini. Memperingati jasa-jasa dan
usaha-usaha tokoh-tokoh terdahulu yang meningkatkan taraf perpaduan di
Malaysia.
2.0 Kaedah Kajian
Kaedah kajian
pertama yang telah digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik
secara atas talian yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian
B yang berjumlah 10 soalan. Kaedah kajian kedua yang digunakan adalah melalui
buku. Kajian dilaksanakan dengan mendapatkan maklumat yang terkandung di dalam
buku yang dipinjam di perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kaedah ketiga adalah dengan bersumberkan
internet. Terdapat beberapa laman sesawang yang dilayari untuk mencari maklumat
dalam proses menyiapkan kajian ini.
3.0 Hasil Kajian
Rajah 1: Perpaduan sebelum dan selepas merdeka
Berdasarkan Rajah 1
di atas, mengikut kajian, peratus pendapat yang memilih perpaduan selepas
merdeka lebih mendominasi dengan 52.7 peratus. Manakala selebihnya berpendapat
perpaduan sebelum merdeka lebih kukuh berbanding kini dengan peratus sebanyak
47.3 peratus.
Rajah 2: Pandangan terhadap perpaduan
di Malaysia pada masa kini
Taburan di dalam Rajah
2, menurut kajian yang telah dijalankan, 78.2 peratus dari jumlah respondan
berpandangan bahawa masih wujud perbalahan antara kaum pada masa kini. Manakala
21.8 peratus respondan berpandangan bahawa perpaduan di Malaysia telah kukuh.
Rajah 3: Nama bapa perpaduan di
Malaysia
Berdasarkan Rajah 3,
mengikut bancian hampir separuh responden telah menjawab Dato’ Tun Hussein Onn
sebagai bapa perpaduan di Malaysia sebagai jawapan yang tepat. Manakala
selebihnya memberikan jawapan yang kurang tepat. Perpaduan telah menjadi
sebahagian daripada perjuangan utama karier politik Tun Hussein Onn. Beliau
memastikan bahawa perpaduan menjadi agenda utama dalam dasar kerajaan. Menurut
beliau, sebarang usaha untuk memajukan rakyat dan negara mestilah berasaskan
kepada pembentukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
(Hamidin Abd. Hamid, 2006).
Dasar pecah dan perintah telah mengasingkan
kaum-kaum di Malaysia seperti kaum Melayu di kawasan kampung, kaum India di
estet dan kaum Cina di kawasan bandar menyebabkan berlakunya jurang pemisahan
antara kaum. Semasa pemerintahan Tun Husein Onn pada tahun 1976 hingga 1981
yang lebih dikenali sebagai bapa perpaduan, beliau telah membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat di negara ini dengan menggerakkan
‘Dasar Ekonomi Baru (Mohamad Idris Saleh, 1994).
Peristiwa 13 Mei
1969 telah menyedarkan pelbagai kaum terhadap kepentingan perpaduan dalam usaha
murni dalam membina masyarakat adil, makmur, sejahtera dan bersatu padu antara
semua kaum pada masa hadapan (Nik Anuar Nik Mahmud, 2007).
Anak-anak digalakkan
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan
membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau
perayaan (www.1malaysia.com.my). Usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuh
perpaduan antaranya ialah kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di
taman-taman perumahan, kawasan kampung
atau kawasan awam untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia (saharuddinabdullah.blogspot.my).
Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan
pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai
kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat
disatukan dalam satu wadah (zahirzainudin.blogspot.my).
4.1 Perbincangan
Perpaduan di Malaysia Sebelum Merdeka
Dasar pecah dan perintah telah mengasingkan
kaum-kaum di Malaysia seperti kaum Melayu di kawasan kampung, kaum India di
estet dan kaum Cina di kawasan bandar menyebabkan berlakunya jurang pemisahan
antara kaum.
Sistem pendidikan
antara orang Cina dan India mempunyai sistem sekolah vernakular tersendiri dengan membawa masuk sukatan
pelajaran dari negara mereka menyebabkan terhalangnya pergaulan kaum pada usia
muda.
Dasar anti-Cina dan
pro-Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan semasa dan menyebabkan timbulnya
perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang
Cina mengambil kesempatan dengan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) semasa
Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika ini
berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik dan membakar bangunan sebagai cara membalas dendam. Keadaan
ini menyebabkan berlakunya persengketaan
kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Menjelang kemerdekaan, Tunku Abdul
Rahman menyeru seluruh kaum di Malaysia untuk bersatu padu bagi mewujudkan
sebuah negara yang merdeka dan hal ini telah dipersetujui oleh orang ramai.
4.2 Perbincangan
Perpaduan di Malaysia Selepas Merdeka
Pada 13 Mei 1969,
wujudnya pertelingkahan antara kaum yang besar namun hal ini dapat diatasi
dengan tertubuhnya Rukun Negara sebagai panduan rakyat Malaysia sehingga masa
kini. Bagi memantapkan lagi perpaduan kaum dinegara ini, Perdana Menteri
Malaysia yang keenam iaitu Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia
di seluruh negara dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tujuan
gagasan ini adalah untuk membela nasib semua kaum dan tiada mana-mana pihak yang akan dipinggirkan dari
segi taraf hidup.
5.0 Kesimpulan
Masyarakat berbilang
kaum di Malaysia menjadi tarikan masyarakat luar terhadap negara kita.Perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia amat penting untuk mewujudkan keamanan negara
disamping meningkatkan ekonomi Malaysia. Rakyat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab
menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
Rujukan
Baterah Alias. (2013).
Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hamidin Abd. Hamid. (2006).
Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan. Kuala
Lumpur: Arkib Negara Malaysia
Jaffry Awang. (2003). Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia.
Selangor: Fakulti Pengajian Islam UKM.
Mohamad Idris Saleh. (1994).
Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara.
Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Nik Anuar Nik Mahmud. (2007).
13 Mei Sebelum dan Selepas. Selangor:
Utusan Publication Sdn. Bhd.
1malaysia.com.my/news-articles/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia
saharuddin-abdullah.blogspot.my/2015/03/usaha-usaha-untuk-mengekalkan
perpaduan.html
zahirzainudin.blogspot.my/search?q=perpaduan