1.0 Pengenalan
Kesihatan
amat penting dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Kepentingannya baik dari segi rohani mahupun jasmani dan setiap insan perlu menjaga kesihatan diri agar kehidupan lebih sempurna dan terjamin. Amalan pemakan secara
sihat adalah satu faktor yang penting ke arah
kesihatan seseorang. Justeru, seseorang itu seharusnya menjadikan setiap
aktiviti yang berkaitan dengan pemakanan
yang sihat seperti perancangan menu, pembelian, pemilihan dan
penyediaan makanan sebagai rutin harian dalam kehidupan masing-masing.
Sementara itu, waktu makan juga boleh
digunakan untuk melatih diri
seseorang tentang amalan
makanan dengan cara yang sihat. Waktu pemakanan yang bersesuaian
mempengaruhi kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Makanan seimbang atau gizi seimbang
ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari mengikut
piramid makanan yang sesuai. Pemakanan mengikut piramid makanan adalah cara
yang baik dan gaya pemakanan yang sihat. Mengikut piramid makanan, seseorang
itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang telah
ditetapkan. Piramid makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan
makanan sihat. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan
kesihatan tubuh badan yang optimum.
Nutrisi yang cukup untuk
tubuh badan amat penting dan ianya sebagai nutrien asas untuk pertumbuhan,
pertahanan semula jadi badan dan menjalankan fungsi dari semua proses tubuh.
Jika kita tidak mengambil gaya pemakanan yang sihat, tubuh badan kita terdedah
kepada penyakit yang berbahaya seperti strok, osteoporosis dan kanser. Selain
itu, kita juga boleh mengalami kegemukan berlebihan atau obesiti. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti
yang serius. Empat daripada sepuluh
orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Oleh itu, amalan pemakan
yang sihat amat penting untuk diamalkan supaya kita dapat hidup dalam keadaan
yang ceria dan bertenaga bagi mengelakkan daripada mengalami krisis tersebut. Kita perlu mengambil makanan yang
seimbang kerana semua kepentingannya ternyata memberi impak dan kebaikan
terhadap kesihatan diri kita. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan
seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.
Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit
penyakit kronik di negara ini akan bertambah dan akan menjadi satu tabiat yang
tidak baik. Justeru, amalan pemakanan yang sihat ini perlu dipupuk dari kecil
lagi supaya ianya menjadi suatu kebiasaan dalam diri setiap individu untuk
mengamalkan gaya hidup sihat yang berterusan.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah mengetahui corak pemakanan yang sihat dan seimbang
dalam kalangan warga UTeM, mengetahui kuantiti pengambilan makanan yang sesuai
dengan khasiat mengikut piramid makanan dalam kalangan warga UTeM, mengetahui
kos perbelanjaan pemakanan seharian dalam kalangan warga UTeM serta mengetahui
implikasi tidak mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan warga
UTeM.
2.0
Sorotan Literatur
Buku 5 Sumber Makanan Cegah Sakit Sendi oleh Khairun Nisa Ishak (2010) menerangkan
sumber makanan yang perlu diambil oleh semua pelajar dan masyarakat di Malaysia
terutama golongan yang telah mencecah usia 50-an. Statistik yang dikaji oleh
penulis menunjukkan jumlah penyakit pesakit sendi ini berlaku bermula 50-an. Ini
menunjukkan pesakit yang mengalami penyakit ini tidak mengambil sumber makanan
yang betul. Dengan ini, penulisan ini mengupas serba sedikit lima jenis makanan
yang dapat mencegah sakit sendi.
Sumber yang pertama ialah strawberi buah ini baik untuk sendiri kerana
ia kaya dengan vitamin C. Menurut beberapa kajian, vitamin C boleh mencegah
perkembangan sakit sendi dan penipisan tulang rawan. Sumber yang kedua ialah
minyak zaitun kerana minyak zaitun mempunyai poliferol di dalamnya boleh
membantu mengurangkan peradangan di dalam tubuh. Sumber yang ketiga ialah ikan
salmon, Sumber ini merupakan vitamin D dan omega 3. Apabila tubuh badan manusia
kekurangan vitamin D seperti orang dewasa pada umumnya perlulah mengambil
vitamin ini dengan kadar yang tertentu untuk membantu meredakan rasa sakit pada
sendi.
Sumber yang keempat ialah teh hijau kerana ia amat bagus untuk kesihatan
kerana kaya dengan zat antioksiden yang dikenali sebagai katekin iaitu zat
anti-inflamasi yang mampu melambatkan kerosakan tulang rawan pada pengidap
arthritis. Sumber yang terakhir ialah sayuran hijau, sayuran hijau ini yang
baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan. Sayuran hijau juga kaya
dengan vitamin K, iaitu nutrisi yang dinilai mampu mencegah Osteoarthritis.
Dalam buku Eat Well, Live Well oleh Chia Joo Suan
menerangkan kepentingan pengambilan makanan dalam setiap kategori dalam piramid
makanan di samping implikasi tidak mengambil makanan dalam setiap kategori dalam
kuantiti yang secukupnya. Contoh makanan yang perlu diambil bagi sarapan pagi,
makan tengah hari, makan malam juga diceritakan mengikut kalori yang
sepatutnya.
Dalam aspek penyediaan
makanan pula, penulis buku ini menyelitkan cara masakan makanan yang paling
sesuai untuk masyarakat kita. Cara penyimpanan dan lokasi penyimpanan makanan
juga diterangkan bagi menerangkan masyarakat kita dengan lebih mendalam tentang
penjagaan makanan lantas dapat membantu masyarakat kita terutamanya pelajar
UTeM mengamalkan gaya hidup sihat.
Dalam buku Pemakanan Seimbang Untuk Remaja oleh Faridah
Abdul Rashid, apa sahaja makanan yang dimakan akan mempengaruhi kesihatan kita.
Papan iklan banyak memaparkan dan mendorong anda supaya memakan pelbagai jenis
makanan. Antara makanan itu termasuklah makanan yang berkhasiat, yang sesuai
untuk kesihatan dan juga yang tidak berzat serta boleh menjejaskan tumbesaran
anda. Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan maklumat tentang jenis makanan
untuk diet sihat dan makanan yang patut dielakkan seperti daging berlemak yang
dimakan berlebihan, makanan yang kaya dengan kolestrol, makanan yang rendah
mutunya dan makanan yang terlalu manis.
Makanan boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan kandungan nutriennya seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, serat serta air. Karbohidrat,
protein dan lemak merupakan nutrien yang mempunyai struktur kimia tertentu dan
berperanan untuk memberikan tenaga bagi proses untuk keperluan dalam badan.
Manakala vitamin dan mineral pula diperlukan untuk membantu deria, membina sel
darah, mendorong penghasilan tenaga, melambatkan penuaan dan membantu tindak
balas enzim.
Kesimpulannya, kita
perlulah mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat agar badan kita tidak
mendapat penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan
sebagainya. Selain itu, kita juga harus makan pada waktu yang tepat seperti
makan 3 kali sehari agar kesihatan tubuh badan kita siahat dan terjamin.
Amalan pemakanan
seimbang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita walau di mana sahaja
kita berada. Gizi yang seimbang perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran tubuh
badan dengan sihat. Ia adalah keperluan asas yang kita perlukan bagi
mengekalkan tenaga dan membaiki tisu-tisu yang rosak.
Makanan yang harus dikurangkan pengambilannya ialah pada
aras 4 yang mengandungi lemak, minyak dan gula. Pengambilan makanan aras 4
hanya penting apabila badan memerlukan tenaga agar seseorang cergas dan bertenaga
melakukan sesuatu aktiviti. Lemak juga berperanan sebagai penebat dengan
menghalang haba keluar daripada badan apabila seseorang terdedah kepada suhu
persekitaran yang sejuk. Lemak juga membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga
dan mempunyai vitamin larut lemak dan asid lemak yang sangat penting untuk
menyatukan selaput sel. Walaubagaimanapun, pengambilan yang berlebihan
mengakibatkan pelbagai penyakit menyerang tubuh kita seperti penyakit diabetis,
jantung dan darah tinggi .
Pada aras 3 pula harus diambil dengan kuantiti yang
sederhana. Ia amat penting untuk tumbesaran badan keranan banyak mengandungi
protein dan beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya diperolehi daripada haiwan. Protein kelas kedua pula daripada
sayuran. Makanan ini juga mengandungi mineral yang berfungsi untuk menjaga
kesihatan darah di samping dapat membantu tubuh menyerap zat lain dengan
berkesan.
Makanan yang harus diambil dengan kuantiti yang banyak
pula ialah buah-buahan dan sayuran seperti pada aras 2. Ia mempunyai banyak
vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Serat dalam diet
pemakanan membantu penghadaman dan mengelakkan daripada sembelit. Air juga amat
penting untuk badan bagi menghindarkan penyakit itu menyerang kesihatan tubuh
badan kita. Vitamin C daripada buah-buahan dan sayuran penting untuk penjagaan
mata, kulit, gusi dan boleh mengekalkan kecerdasan tubuh. Zat galian pula
berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yg diperlukan dalam tisu
organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral juga banyak
terdapat dalam buah-buahan dan sayuran.
Aras terakhir ialah aras 1. Ia perlu diambil dengan
kuantiti yang lebih banyak kerana mengandungi sumber tenaga yang utama iaitu
karbohidrat. Ia penting untuk membekalkan tenaga pada badan. Tanpa ia kita akan
merasa cepat letih. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada
pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ia terdiri daripada gula,
kanji, beberapa seluso gam dan pectin.
Kesihatan
merupakan aset yang amat berharga bagi setiap individu. Penjagaan kesihatan
diri bermula daripada cara pengambilan makanan kita dalam kehidupan seharian.
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Tidak mengambil makanan yang
sempurna dan kurang mengambil makanan yang berkhasiat menjadi punca utama
serangan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Kita
perlu melatih diri untuk mengamalkan corak pemakanan yang teratur sejak dari
kecil. 40 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di Malaysia ini
mengalami kegemukan atau obesiti.
Pengambilan
makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan adalah cara pemakanan yang
seimbang. Makanan dan vitamin adalah bagus untuk pembesaran dan penjagaan
kesihatan. Pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat
telah diuar-uarkan di media massa dan media elektronik. Oleh itu, masyarakat
boleh mengetahui pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Untuk membina tubuh badan yang kuat
daripada keperluan fizikal manusia, semua keperluan zat amat diperlukan. Dengan
adanya keupayaan fizikal yang sehat dan baik, segala aktiviti dan rutin harian
dapat dijalankan dengan sempurna. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia
itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
Selain itu, vitamin yang
cukup kepada badan juga dapat melahirkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Dengan adanya vitamin dalam badan, tahap ketahanan badan
untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit lebih kuat dan berkesan. Antara aspek utama dalam
pemakanan seimbang ialah setiap individu perlu mengambil makanan dalam kuantiti
yang sesuai tetapi mengandungi khasiat yang mencukupi untuk anggota badan.
Pengawalan pemakanan yang baik membolehkan tubuh badan kita tidak terlalu gemuk
dan bagus untuk tahap kesihatan badan kita supaya dapat menjalankan pelbagai
aktiviti terutama aktiviti senaman.
Selain
itu, pengambilan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang tidak akan mengganggu
perkembangan mental seseorang. Mental seseorang
yang tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila melakukan sesuatu aktiviti
adalah akibat zat makanan yang tidak mencukupi dalam anggota badan. Dengan
keadaan sebegini, ia menjadikan seseorang itu sukar untuk menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang menjaga
pemakanannya. Jadi, aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan jika
mereka menjaga pemakanan yang seimbang untuk tubuh badan mereka.
Dalam
memastikan kita sentiasa sihat dan bebas dariada penyakit-penyakit berjangkit
dan berbahaya, pengambilan makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang amatlah
disarankan. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian membantu
mengelakkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung, angin
ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol dan osteoporosis. Dengan
memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, ianya dapat membantu mengurangkan risiko
kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Peningkatan risiko kanser prostat,
kolon, rektum dan endometrium sering dikaitkan dengan diet tinggi lemak. Diet
tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan
risiko kanser. Mengikut garis panduan pemakanan yang disarankan Jabatan
Pertanian Amerika Syarikat (USDA), 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap
serangan jantung dan strok sukar untuk dihidap oleh mereka yang mengamalkan
cara pemakanan ini, berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
Selain itu, untuk melindungi bayi daripada mengalami spina bifida, pengambilan
makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik
yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil adalah amat baik dan
berkesan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kegendutan ialah faktor utama jika
amalan pemakanan ini diambil mudah. Amalan ini boleh dipupuk dari kecil di mana
ibu bapa sebagai peranan yang besar untuk membentuk anak-anak mengamalkan
pemakanan yang sihat persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini tercetus apabila seseorang itu mengambil kuantiti makanan
yang banyak serta tidak mengikut cara pemakanan yang betul. Dari sudut lain,
seseorang itu mengalami masalah kegendutan apabila berat badan mereka adalah
20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya. Masalah kegendutan
ini akan menyebabkan diabetis mellitus,
darah tinggi dan juga kanser kolon.
Pemakanan yang tidak
seimbang boleh menyebabkan kepelbagaian jenis penyakit di mana penyakit
seperti malnutrisi boleh berlaku akibat
kekurangan nutrien tertentu dalam makanan yang diambil. Malnutrisi juga menyebabkan pelbagai penyakit
seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan
riket. Sementara itu,
Kwasyiorkor berlaku akibat kekurangan protein dalam badan di mana gejala
seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera
makan serta badan akan menjadi lemah. Penyakit skurvi pula berlaku disebabkan
kekurangan vitamin C.
Vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan seperti oren, strawberi
dan kiwi. Tanda-tanda seseorang itu
menghidapi penyakit skurvi apabila
badannya lemah dan kerap mengalami sesak nafas, gusi membengkak dan sangat
mudah berdarah. Selain itu, apabila seseorang itu menghidapi tekanan darah
tinggi ianya membawa kepada serangan sakit jantung dan strok kerana pengambilan
garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
Pada waktu yang sama, diabetis mellitus
juga boleh berlaku apabila kadar gula dalam pemakanan terlebih dan penyakit
ini akan berlaku apabila aras glukosa yang berlebihan daripada julat normal
terdapat dalam darah. Penyakit yang seterusnya ialah osteoporosis yang mana penyakit osteoporosis ini
berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak
mencukupi dalam gizi. Kekurangan kalsium dalam badan seseorang itu akan
menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh serta mudah patah. Umum
mengetahui bahawa penyakit yang kerap kali berlaku di kalangan warga emas ialah
sakit jantung dan strok. Hal ini tercetus apabila tahap kolesterol dalam darah
tinggi. Kolesterol berlebihan tersebut terenap pada dinding arteri dan
menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah. Pada waktu
yang sama, penyakit kanser juga berlaku apabila gizi mempunyai lemak haiwan
yang banyak. Lebih-lebih lagi, apabila zaman kini banyak produk yang
menggunakan lemak haiwan sebagaimana yang kita sedia maklum seperti gelatin.
3.0
Metodologi Kajian
Soal selidik dilakukan dalam kalangan pelajar UTeM
untuk mendapatkan pandangan masing-masing.
4.0 Hasil
Kajian
Statistik
kajian daripada pelajar UTeM melalui borang soal selidik.
Rajah 1: Tidak mengamalkan jadual waktu pemakanan dan kos
penggunaan perbelanjaan pemakanan seharian melebihi kadar perbelanjaan
Pada rajah 1, dalam
soalan pertama iaitu tidak mengamalkan jadual waktu pemakanan, kita dapat lihat
bahawa 70% bersetuju untuk tidak mengamalkan jadual waktu pemakanan seharian
mereka. Manakala, 30% tidak bersetuju kerana mereka mengamalkan jadual
pemakanan seperti di atas Jadual waktu pemakanan amat penting bagi kita
terutama pelajar-pelajar UTeM kerana ia dapat mengawal dan mengatur serta
melatih diri supaya mengikuti jadual pemakanan yang betul.
Pada soalan kedua, iaitu
kos penggunaan perbelanjaan pemakanan seharian melebihi
kadar perbelanjaan yang ditentukan dalam sehari. Sebanyak 90% bersetuju bahawa
mereka menghabiskan wang mereka hanya untuk makanan. Mengikut kajian kami, mereka
mengeluarkan sebanyak RM15 ke atas setiap hari. Malah, 10% tidak bersetuju
kerana mereka menghadkan penggunaan wang dari segi makanan.
Rajah 2: Mengambil mudah terhadap amalan pemakanan
yang sihat dan seimbang dan pengambilan yang seimbang mengikut piramid makanan
Dalam rajah 2 pada
soalan pertama, iaitu masyarakat kini mengambil mudah terhadap
amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. 60% bersetuju kerana sekarang
terdapat banyak kedai makan segera di merata-rata tempat seperti KFC, MacDonald,
Pizza Hut dan sebagainya .Mereka tidak mengendahkan pemakanang yang seimbang
dan sihat manakala sebanyak 40% tidak bersetuju dengan permasalahan ini.
Pada
soalan kedua, iaitu pengambilan yang seimbang mengikut piramid makanan harus
diamalkan dalam masyarakat. 90% bersetuju untuk mengikuti jadual piramid
makanan kerana ia dapat menjaga kesihatan ita dari mendapat sebarang penyakit
yang merbahaya. Manakala sebanyak 10% tidak bersetuju untuk mengikut jadual
piramid makanan ini.
Rajah 3: Amalan cara pemakanan yang seimbang tidak
lagi penting pada zaman kini dan masyarakat lebih cenderung memilih makanan
ringan dan makanan segera berbanding daripada makanan seimbang
Dalam rajah 3 pada
soalan pertama iaitu amalan cara pemakanan yang seimbang tidak
lagi penting pada zaman kini. Seramai 70% pelajar bersetuju tentang permasalahan
ini. Hal ini kerana masyarakat masa kini suka memilih untuk makan makanan yang
mereka suka sahaja. Contohnya mereka tidak suka makan sayur-sayuran, jadi terhapuslah
satu aras pada piramid makanan manakala 30% peratus tidak bersetuju.
Pada
soalan kedua iaitu masyarakat lebih cenderung memilih makanan ringan dan
makanan segera berbanding daripada makanan seimbang. Sebanyak 60% setuju untuk
memilih makanan ringan kerana mereka malas untuk menentukan dan memikirkan apa
yang mereka mahu makan. Jadi penyelesaian yang paling senang adalah mereka akan
pergi ke kedai makanan segera kerana lebih cepat dan sedap tetapi tidak
menyihatkan manakala 40% tidak bersetuju dan mereka lebih gemar dengan makanan
yang berhasiat.
Rajah 4: Bilangan
individu yang mengalami masalah obesiti di Malaysia semakin meningkat dan pengambilan
gizi yang berlebihan boleh memudaratkan diri
Dalam
rajah 4 pada soalan pertama iaitu bilangan
individu yang mengalami masalah obesiti di Malaysia semakin meningkat. Sebanyak
90% bersetuju bahawa telah meningkatnya bilangan individu penyakit obesiti
ataupun masalah kegemukan di Malaysia ini. Masalah ini terjadi kerana mereka
tidak menghiraukan cara dan amalan pemakanan yang sihat. Manakala 10% tidak
bersetuju dengan permasalahan ini.
Pada
soalan kedua iaitu pengambilan gizi yang berlebihan boleh memudaratkan diri.
80% bersetuju dengan persoalan ini kerana pengambilan gizi yang berlebihan
sangat bahaya untuk badan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit menyerang manakala
sebanyak 20% tidak bersetuju.
Rajah 5: Pengambilan
makanan yang tidak mengikut kelas makanan akan menyebabkan individu itu
menghidap penyakit yang berbahaya dan makanan yang mengandungi lemak penting
dan boleh membekalkan tenaga kepada tubuh badan
Dalam
rajah 5 pada soalan pertama iaitu pengambilan makanan
yang tidak mengikut kelas makanan akan menyebabkan individu itu menghidap
penyakit yang berbahaya. Sebanyak 90% bersetuju kerana jika kita tida mengikuti
kelas pemakanan yang betul ia boleh menyebabkan penyakit yang berbahaya
menyerang tubuh badan kita. Manakala 10% tidak bersetuju di dalam hal ini.
Pada
soalan kedua iaitu makanan yang mengandungi lemak penting dan boleh membekalkan
tenaga kepada tubuh badan. 70% bersetuju bahawa lemak bukan sahaja mendatangkan
keburukan malah mendatangkan kebaikan pada diri kita juga. Tanpa lemak, kita
akan kurang bertenaga manakala 30% tidak bersetuju dengan permasalahan yang
telah dikaji.
5.0
Kesimpulan
Konsep pemakanan sihat
merupakan perkara asas dalam diri masing-masing. Oleh itu, masyarakat kita
sememangnya perlu menjaga pemakanan yang diambil demi menjamin kesihatan yang
sempurna. Pemakanan sihat juga merupakan nadi utama seseorang dalam menjalani
kehidupan seharian.
Namun, dewasa ini
masyarakat kita sering mengabaikan aspek pemakanan ini. Mereka menganggap
pemakanan ini merupakan suatu perkara yang tidak penting dan mengabaikan
perkara tersebut. Kebanyakan daripada mereka makan tidak mengikut waktu yang
betul, makan pada lewat malam, makan secara berlebihan dan mengambil makanan
yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Situasi ini secara jelas boleh
menjejaskan kesihatan seseorang dan mendorong kepada kehadiran penyakit yang
merbahaya. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya mengambil makanan yang
berkhasiat, menghindari minuman yang memabukkan seperti arak dan mengambil
makanan yang halal.
Antara perkara yang
boleh membantu pengambilan makanan yang sihat ialah mencadangkan kafe di kampus
UTeM menjual makanan yang berkhasiat sahaja dan tidak menjual makanan ringan
yang nyata boleh merosakkan kesihatan seseorang. Selain itu, pihak atasan perlu
mengadakan satu subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar iaitu
tentang pemakanan. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah untuk memahami betapa
pentingnya mengambil pemakanan sihat pada diri masing-masing. Bukan itu sahaja,
pihak organisasi dan pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan kempen dengan
efektif secara kerap di kampus. Kempen tersebut boleh mendatangkan kesedaran
kepada semua warga UTeM supaya lebih berhati-hati dalam aspek pemakanan ini. Poster-poster
dan artikel-artikel juga boleh ditampal di serata kampus supaya lebih
memudahkan warga UTeM memahami arikel dan poster tersebut ketika dalam
perjalanan di kampus.
Rujukan
Chia Joo Suan. (2009). Eat Well, Live
Well. Kuala Lumpur: MPH Group Publishing Sdn Bhd.
Khairun Nisa Ishak. (2010). Sumber
Makanan Cegah Sakit Sendi.
MZ Zainudin, Mohamad Arif Suffian Mohamad Shokri, Muhammad Firdaus Zulkiflee, Muhammad
Syukri Md Hanapiah @ Othman, Nur Hidayah Kamaruddin, Nur Farrisya Kamarudin, Mimi Syahira Mazlan