Adil Alimi Mohd
Radzi, Mohamad Shamim Saroni,
Wan Zairul
Fiqri Wan Abdul Rahman, Muhammad Irham Ibrahim,
Zarrul Helmy
Zalani
1.0 Pengenalan
Kesihatan merupakan satu ciri
yang amat penting dan perlu bagi setiap manusia. Maksud kesihatan melalui Kamus
Dewan adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan dan
lain-lain. Bagi mahasiswa, tahap kesihatan amat penting kerana ianya berhubung
kait dengan pencapaian akademik. Hal Ini kerana tanpa tubuh badan yang sihat
mahasiswa sukar menjalani aktiviti harian. Dalam konteks ini, kajian ini
membincangkan kepentingan tahap kesihatan tubuh badan dalam kalangan mahasiswa
di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM). Melalui kajian ini, dapatan kajian
dibentangkan untuk menilai tahap kesihatan mahasiswa di UTeM selaras dengan
aktiviti yang dijalani seharian.
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai tiga
objektif iaitu:
i. Mengetahui tahap kesedaran
kesihatan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UTeM.
ii. Mengetahui kaedah mahasiswa
dan mahasiswi memantau tahap kesihatan di UTeM.
iii. Mengkaji faktor-faktor yang
menggalakkan mahasiswa atau mahasiswi menjaga
kesihatan di UTeM.
2.0
Sorotan Literatur
Ketika ini, tahap kesihatan
rakyat Malaysia berada dalam tahap yang membimbangkan. Rumusan hasil kajian
daripada Mohd Shaiful mengatakan penduduk Malaysia juga adalah penduduk paling
obesiti di Asia Tenggara iaitu sebanyak 44.2%, jauh meninggalkan pesaing kedua
Thailand dengan perbezaan 10%. Hal ini disebabkan oleh faktor pemakanan dan
kurangnya pergerakan fizikal yang aktif dalam kalangan penduduk. Secara purata,
seorang penduduk di Malaysia mengambil kira-kira 3.5 hingga 4.25 gram garam
sehari. Selain itu, jumlah perokok aktif di Malaysia adalah sekitar 23.3% iaitu
jumlah yang hampir sama dengan jumlah perokok secara purata di antara
negara-negara membangun. Kesimpulannya, tahap kesihatan penduduk Malaysia terutama dari segi
penyakit-penyakit kronik dan cara hidup adalah semakin meruncing dari tahun ke
tahun. Keadaan ini jelas berpunca daripada sikap rakyat Malaysia itu sendiri.
Apalah guna penambahbaikan kemudahan kesihatan yang giat disediakan oleh pihak
kerajaan, sekiranya kesedaran rakyat Malaysia itu sendiri berada pada takuk
yang lama.
3.0 Metodologi Kajian
Bagi melengkapkan kajian ini,
temubual dan soal selidik telah dilaksanakan. Tiga orang mahasiswa UTeM telah
dtemubual iaitu Marcus Hong Chin Seong dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang
amat menitik berat akan kesihatannya dengan sentiasa melakukan riadah seperti
berjoging. Menurut temubual yang dijalankan, beliau melakukan aktiviti itu
setiap hari. Temubual kedua pula telah dilakukan ke atas Mohd Sharil Awaluddin
dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang sangat menjaga kesihatan dengan makan
makanan yang berkhasiat untuk badan. Beliau juga melakukan aktiviti riadah pada
waktu petang seperti bermain futsal. Manakala temubual ketiga dilakukan
terhadap Muhammad Hafifi Roslan dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komputer. Beliau
juga menjaga kesihatannya dengan menjaga pemakanan namun beliau juga seorang
perokok. Dalam temubual ini, beliau mengakui bukanlah perokok tegar dan hanya
merokok sekali-sekala.
Borang soal selidik telah diedar menggunakan
aplikasi atas talian (Google Form) kepada tiga etnik terbesar di UTeM iaitu
Melayu, Cina dan India. Soal selidik ini telah dijawab oleh mahasiswa dan
mahasisiwi UTeM. Mahasiswa dan mahasiswi ini terdiri daripada empat fakulti
iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP),
Fakulti Kejuruteraan Eletronik dan Komputer (FKEKK) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komputer (FTMK).
4.0 Hasil Kajian
4.1 Profil Responden
Seramai 34 orang responden yang
telah mengambil bahagian dalam soal selidik kajian ini. Mereka terdiri daripada
50% pelajar lelaki dan 50% pelajar perempuan.
Tiga kelompok etnik besar telah
dikenal pasti iaitu Melayu, Cina dan India. Kajian ini mencatatkan etnik Melayu
merangkumi 85.3%, Cina 14.7% dan selebihnya pelajar dari etnik India.
Pelajar dari empat fakulti telah
mengambil dalam soal selidik ini. Pelajar dari FKE sebanyak 47.1% diikuti FTMK
29.4%, FKP 20.6% dan selebihnya dari FKEKK.
Rata-rata responden terdiri
daripada pelajar tahun 2 iaitu 91.2%, diikuti pelajar tahun 3, 1 dan 4.
Majoriti pelajar dalam kajian ini
tidak merokok (79.4%). Bagi yang merokok, mereka menghisap rokok lebih daripada
7 batang sehari (40%), diikuti 5 hingga
6 batang sebanyak 30%, 2 hingga 4 batang sehari sebanyak 10% dan pelajar yag
menghisap sebatang sehari adalah 20%.
Sukan badminton menjadi pilihan utama pelajar UTeM dengan mengumpul undian
sebanyak 11.8%. Selain itu juga, bola sepak, futsal dan sukan renang mengutip
undian yang sama iaitu mengumpul sebanyak 5.9%.
Rata-rata dalam seminggu
responden lebih kerap memperuntukkan masa satu hingga dua hari untuk aktiviti
riadah (35.3%) berbanding 3 atau 4 hari (17.6%) dan lebih 5 hari (11.8%). Ramai
juga responden yang tidak mengambil berat aktiviti riadah ini (35.3%).
Responden juga tidak mengambil
berat kesihatan diri apabila hanya 23.5% yang pernah membuat pemeriksaan
kesihatan dalam tempoh tiga bulan lepas.
Mengenai kempen amalan pemakanan
yang sihat di UTeM, majoriti responden menyatakan kempen berkenaan kurang
dijalankan (55.9%) berbanding 8.8% yang bersetuju terdapat kempen sedemikian
dilaksanakan.
Bagaimanapun pelajar sentiasa
diingatkan untuk menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di UTeM dari semasa
ke semasa. Majoriti responden mengakui mereka sedar galakan menyertai aktiviti
berkenaan (66.6%) namun yang selebihnya tidak sedar (21.2%).
5.0
Rumusan
Kesimpulannya kesihatan amat
penting dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi memastikan tahap kesihatan kekal
pada tahap optima mahasiswa perlu mengambil berat tentang aspek pemakanan.
Selain itu, mahasiswa perlu mengamalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya
tiga kali semingggu. Tubuh badan juga memerlukan rehat yang cukup bagi
menjalani aktiviti pada siang hari. Sehubungan dengan itu, tidur yang sempurna
juga menjadi salah satu aspek penting bagi mengekalkan tahap kesihatan.
Mahasiswa juga digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya setahun sekali. Hal ini selaras dengan cogan kata mencegah
lebih baik dari merawat. Daripada cadangan bagi mengekalkan kesihatan diatas,
dengan harapan agar mahasiswa dapat mengambil cakna tentang kesihatan tubuh
badan. Tubuh yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala
kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.