1.0 Pengenalan
Melaka merupakan Bandar Warisan Dunia dan dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang unggul di Malaysia. Sejarah Kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga1424 masihi. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh Portugis pada tahun 1511.
Melaka dikuasai oleh Portugis pada 24 Ogos 1511. Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company) dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Pada tahun 1946, Melaka menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement) bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Faktor-faktor ini menyebabkan Melaka mempunyai keunikannya yang tersendiri. Hakitkatnya, terdapat banyak budaya, bahasa, seni bina dan makanan boleh didapati di Melaka. Seni bina bangunan mempunyai keunikan diri dan juga sejarah masing-masing. Kita masih boleh mendapati pelbagai jenis seni bina bangunan yang berasaskan agama masing-masing seperti Islam, buddha, kristian dan hindu yang terletak di Melaka.
Masjid Selat Melaka yang merupakan sebuah masjid yang terletak di Selat Melaka, Cheng Hoon Teng yang terletak di Jalan Tokong, Melaka dan juga Gereje St. Peter yang berhampiran dengan pusat bandar Melaka. Ketiga-tiga bangunan ini mempunyai sejarah dan keunikan masing-masing Ia juga merupakan tempat yang kerap dikunjungi oleh penganut agama masing-masing.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kegunaan rumah ibadat berasaskan agama Islam, buddha dan kristian, mengenal pasti ciri-ciri rumah ibadat berdasarkan latar belakang, struktur dan pembinaan bangunan serta mengetahui pandangan dan kefahaman masyarakat terhadap seni bina bangunan.
2.0 Sorotan Kajian
Beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan bidang kajian ini turut dirujuk untuk membentuk skop dan pengkhususan yang berbeza bagi kajian ini. Jadual di bawah menunjukkan kajian-kajian terdahulu yang mempunyai bidang kajian yang berkaitan.
Penggunaan Dekorasi Seni Bina Masjid di Malaysia - En. Amran Bin Abdul Rahman (Teknologi Mara, Shah Alam)
Skop: Pengenalan dan kajian terhadap masjid, pengaruh tradisi dan pengkembangan Islam
Perancangan Dan Pembinaan Bandar Kolonial George Town, Pulau Pinang - Ahmad Faisal Bin Ismail(Teknologi Mara, Shah Alam)
Skop: Mengkhususkan latar belakang seni bina kolonial, kesan penjajahan kepada George Town
Pengaruh agama Hindu-Buddha Dan Kesan Peninggalan Terhadap Seni Bina - Azman Bin Samsuri(Teknologi Mara, Shah Alam)
Skop: Pengenalan terhadap agama Hindu-Buddha, kesan terhadap seni bina
Berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan bidang kajian ini, kajian ini lebih menjurus kepada seni bina berasaskan agama Islam, buddha dan kristian yang terletak di Melaka. Selain itu, ia menyentuh kepada kegunaan, ciri-ciri dan juga pandangan masyarakat setempat terhadap seni bina. Kajian terdahulu di atas pula lebih menyentuh kepada asal usul agama dan juga kesan peninggalan terhadap seni bina dan lebih mengutamakan kepada bagaimana pengembangan agama masing-masing memberi kesan kepada seni bina.
Seni bina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang, manakala seni bina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia di hadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik seni bina (Nasr, 1987). Menurut M. A. J. Beg, seni bina bukan sahaja dilihat pada bentuk-bentuk bangunan dan tugu-tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah, 1994).
Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa keutuhan seni bina Islam bukan sahaja berhubung kait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubung kait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syari’ah (Nasr, 1987). Menurut beliau lagi, prinsip-prinsip seni bina Islam tidak ditemui dalam sumber-sumber penulisan pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud tetapi ia tidak perlu dijelaskan secara terperinci seperti hari ini.
Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim, tetapi juga dilandasi oleh wahyu Ilahi (Nasr, 1987). Sejarah perkembangan seni bina Islam di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan para pendakwah Islam seawal abad ke-12M. Hasil peninggalan mereka bukan sahaja menjadi bukti sejarah, malahan telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek seni bina dan kesannya boleh dilihat di seluruh negara sehingga ke hari ini.
Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad-Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid (Abdul Rahman, 1981). Seni bina masjid termasuk di dalam seni bina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan ‘masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt (Nasr, 1987).
Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan dan tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat al-quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil dan bacaan yaasin.
Terdapat seni tertentu didakwa berasal dari masjid contohnya seni kaligrafi khat Kufi dan tilawah al-quranan (seni suara). Secara jelasnya, masjid memainkan peranan penting dalam penciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru (Nasr, 1987). Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.
Seni bina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri seni bina rumah Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai dan disisipkan dengan unsur-unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain. Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi, India dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia.
Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir seperti Masjid Kampung Laut, Kelantan. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput.
Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina bertingkat-tingkat, besar di bahagian bawah dan meruncing ke bahagian atas. Bilangan 'meru' biasanya ganjil (3 atau 5) kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal) dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa. Dinding, jendela dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetika (Abdul Rahman, 1981).
Kini, hanya terdapat beberapa buah masjid yang berbentuk tradisional kerana banyak masjid lama telah reput dan musnah ataupun telah terbakar. Beberapa bangunan masjid yang masih ada pada hari ini telah diperbaharui beberapa kali dengan menggantikan bangunan batu serta menggunakan bumbung zink atau genting menggantikan bumbung nipah.
Reka bentuk seni bina masjid berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan oleh faktor iklim, topografi, persekitaran dan cara hidup masyarakat tempatan. Pada masa dahulu, masjid dibina berhampiran dengan istana-istana raja ataupun kawasan kegiatan ekonomi seperti berdekatan sawah padi atau pusat perdagangan. Masjid-masjid yang terkemudian mempunyai kubah berbentuk bawang. Kubah jenis ini muncul selepas negara dijajah oleh Inggeris. Gaya pembinaan ini diilhamkan daripada seni bina Timur Tengah dan India.
Struktur pembinaan seperti ini hanya muncul di Tanah Melayu pada kurun ke-20 dan masih terus diaplikasikan dalam pembinaan masjid-masjid baru di Malaysia. Bentuk seni bina masjid di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kini terdapat gaya pembinaan yang menakjubkan dari segi bahan, teknik dan proses.
Melaka bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di nusantara. Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-quran. Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.
Masjid Selat
Terbaru dan terkini, Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlah RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006. Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi.
Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah swt. Bersujud di dalamnya sambil dihembus angin selat yang bertiup pastinya menjadikan solat tarawih sempena bulan Ramadan ini misalnya adalah terbaik pernah kita laksanakan.
Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwifungsi sebagai Rumah Api. Rumah ini mengeluarkan cahaya amaran kepada perahu-perahu sehinggalah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan biru air laut mencetuskan fenomena perpaduan yang menjadi tonggak Melaka Bersejarah. Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, kesemuanya bersatu atas nama Islam. Siri lawatan ke Melaka kini tidak akan lengkap jika kita tidak mengunjungi Masjid Selat.
Walaupun mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan nostalgia sejarah dengan keunikan-keunikan masjid-masjid lain seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Peringgit dan sebagainya. Rekaan masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu melalui elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan. Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter. Masjid Selat begitu lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi segala fungsi dan aktiviti yang mengimarahkan masjid. Selain Dewan Solat, terdapat dewan serba guna, perpustakaan dan kelas-kelas pengajian.
Namun pandangan mata begitu tertumpu juga kepada keindahan seni buatan mimbar masjid ini. Berasaskan kepada kayu jati, mimbar tersebut diukir dengan seni ukiran yang sangat halus bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga. Seni-seni kaligrafi, ayat-ayat suci al-quran turut memenuhi ruang dan dinding masjid. Seni muqarnas di bahagian atas mihrab terdiri daripada jubin-jubin yang terpilih namun dibina dengan paten-paten geografi dengan kedalaman yang berbeza bagi menghasilkan sistem bunyi akustik baik dan mengurangkan gema.
Persoalan mengenai seni bina Islam adalah berlegar di sekitar hubungan alam dengan manusia serta hubungan manusia dengan pencipta yang agung iaitu Allah swt. Hakikatnya, seni bina Islam ini sebenarnya tidak wujud di awal kelahiran Islam. Namun ia menjadi satu aspek kesenian Islam disebabkan ciri-ciri yang terdapat pada seni bina tersebut yang bermotifkan nilai tauhid dan melambangkan imej kerohanian Islam serta menjadi pemangkin perkembangan kesenian Islam yang lain seperti seni khat, seni suara (taranum) dan sebagainya. Seni bina berunsurkan Islam ini berkembang seiring dengan perkembangan tamadun.
Di samping itu, penerapan nilai kebudayaan masyarakat Muslim dari Tanah Arab, benua China, mahupun India serta Sumatera turut diterjemahkan melalui seni bina. Ia kemudiannya menjadi ikon kepada kebanyakan seni bina di Malaysia pada masa kini. Dalam pada itu juga, rumah ibadat khusunya masjid bukan sahaja dibina untuk menjalankan aktiviti berakaitan ibadah mahupun penyebaran ilmu, malahan ia menjadi salah satu tarikan pelancong yang mempunyai nilai yang tinggi sama ada dari aspek seni bina mahupun dari aspek sejarahnya.
Tokong Cheng Hoon Teng
Tokong Cheng Hoon Teng adalah sebuah tokong cina bersejarah yang tertua di Malaysia. Tokong ini diasaskan sejak pada abad ke-16 oleh Kapitan Lee Wei King pada tahun 1673 dengan menggunakan bahan-bahan yang dibawa dari China. Ia terletak di No.25, Jalan Tokong, Bandar Melaka. Tokong ini sering dikunjungi oleh ramai penyembah atau penganut kerana ia masih kekal sebagai tapak terhormat dan suci. Permulihan tokong tersebut telah memenangi UnescoAsia Pasifik Warisan Pemulihan Anugerah 2002 bagi Anugerah Merit.
Oleh kerana tokong ini mengutamakan penyembahan Dewi Belas Kasihan, Guan Yin, Cheng Hoon Teng juga dikenali sebagai Guan Yin Teng. Asal-usul nama tokong tersebut telah tercatat dalam batu bersurat yang terletak di dalam tokong ini. "Cheng Hoon" dalam bahasa cina juga membawa maksud bahawa seseorang boleh mencapai impiannya ataupun kejayaan yang diimpi-impikan. Kebanyakan masyarakat mempercayai bahawa melawati tokong ini memudahkan mereka mencapai keinginan mereka.
Semasa membuat kajian terhadap Cheng Hoon Teng, seorang profesor dari Jepun, Imahore Seiji telah mendapati satu penemuan bahawa kuil ini adalah tempat pertemuan untuk semua puak-puak cina (Hokkien, Kantonis, Hakka dan sebagainya) untuk membincangkan masalah harian serta merumuskan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan bagi menjamin dan melindungi kebajikan semua kaum cina di Melaka dan juga memenuhi keperluan agama dan tanggungjawab mereka semasa pentadbiran Belanda. Kuil ini adalah ibu pejabat rasmi para kapitan di mana masalah-masalah masyarakat cina dapat diselesaikan. Ia juga adalah sebuah mahkamah semasa cina sehingga tahun 1824 apabila dikuasai olen British, sejak itu, Cheng Hoon Teng telah menjadi tempat ibadat tulen.
Cheng Hoon Teng telah dibina dengan menunjukkan budaya cina, pelbagai seni ketukangan daripada tukang-tukang mahir datang dari China yang telah menunjukkan beberapa kemahiran dan teknik seperti ukiran, kerja simen, perwarna, penampalan kertas emas, cerucuk, kaligrafi, lukisan dan sebagainya.
Cheng Hoon Teng meliputi kawasan seluas 49,520 kaki persegi. Dalam kuil dewan utama, kedudukan patung Dewi Guan Yin terletak di tengah, diikuti dengan Dewa Mah Choe Poh di sebelah kiri dan Dewa Keadilan, Guan Di terletak di sebelah kanan. Selain itu, sekitar dewan kuil utama terdapat juga bangsal-bangsal kecil dengan mezbah untuk pelbagai dewa-dewi termasuk Confucius.
Di dua belah kuil dewan utama terletak banyak batu bersurat yang berkaitan dengan latar belakang, sejarah dan tarikh-tarikh pembinaan semula dan lain-lain. Terdapat satu tablet batu bersurat yang besar yang didirikan pada tahun 1685 menunjukkan biografi daripada Kapitan Li Wei King dan tablet lain pula menyampaikan biografi Kapitan Chan Ki Lock dan tokoh-tokoh lain yang mengubah suai kuil mezbah untuk pengasas dan kapitan. Kebanyakan rekod tahun perkhidmatan mereka dan tarikh kelahiran sepuluh kapitan cina di Melaka telah hilang dan sukar untuk mengesan. Walau bagaimanapun, pakar mengenai sejarah telah menyeneraikan 10 kapitan seperti berikut; Kapitan Tay Hong Yong, Kapitan Li Wei King, Kapitan Lee Chiang Hou, Kapitan Chan Ki Lock, Kapitan Chan Hian Kway, Kapitan Tan Seng Yong, Kapitan Tan Ki Hou, Kapitan Chua Su Cheong, Kapitan Chan Yew Liang dan Kapitan Chan Say Hong.
Gereja St. Peter
Gereja St. Peter merupakan Gereja Roman Katholik yang paling tua di Malaysia. Gereja ini terletak di Melaka dan dibina pada tahun 1710 masihi iaitu semasa penjajahan Belanda di sebidang tanah yang disumbangkan oleh seorang lelaki Belanda, Maryber Franz Amboer. Dinding depan dan perhiasan gereja St. Peter adalah penggabungan seni reka bentuk timur dan barat. Muka tembok gereja ini adalah kaca. Dengan ini, perkhidmatan dapat dijalankan dalam gereja ini tanpa menghadapi sebarang masalah.
Loceng yang terdapat di dalam gereja ini dibentuk pada tahun 1608 di Goa, India oleh Bocarro dan tergantung pada menara loceng sehingga sekarang. Loceng tersebut dipercayai telah digunakan dalam salah sebuah gereja di Goa, India pada masa itu dan telah dibawa ke sini apabila gereja tersebut telah dimusnahkan oleh pihak Belanda.
Chapel Senhor Morto terletak di sebelah kiri gereja berdekatan dengan tempat suci itu. Di bawah mozek yang menggambarkan Lord disalib, adalah satu struktur seperti keranda. Struktur tersebut diperbuat daripada kayu dan kaca, yang mana terletaknya patung Dead Lord yang sebesar saiz sebenar. Chapel ini juga ditempatkan dua patung lain. Salah satu patung adalah Our Blessed Mother yang sedih dan yang lain adalah patung Jesus yang menderita dan sebesar saiz sebenar. Patung-patung ini memainkan peranan yang sangat penting dalam sambutan Holy Week.
Patung yang berbaring tersebut menggambarkan Dead Lord adalah ditetapkan dengan kekal. Patung itu digunakan untuk pemujaan dan tanda hormat pada Good Friday Patung Jesus yang terdapat Cross itu dan patung Mary, Mother of Sorrows digunakan dalam perarakan Palm Sunday. The Blessed Sacrament Chapel terletak di sebelah kanan gereja dan menghadap Chapel of Senhor Morto. Satu sayap telah ditambahkan di tempat yang mana The Blessed Sacrament Chapel berada pada tahun 2005 apabila kerja pembaikan dan pemulihan gereja ini dijalankan. Sekarang, The Blessed Sacrament Chapel telah berhawa dingin sepenuhnya dan digunakan dalam aktiviti harian dan perkhidmatan Paraliturgical yang kehadiran tidak begitu ramai. Bangku yang terdapat di The Blessed Sacrament Chapel adalah diperbuat sepenuhnya daripada kayu yang diperoleh daripada kerja-kerja pembaikan dan pemulihan gereja ini.
Mimbar ini dihasilkan daripada kerja-kerja seni sepenuhnya. Sekarang mimbar ini diletakkan di pangkalan tempat suci dan melambangkan kebanggaan dan kemegahan serta benar-benar layak sebagai tempat dari mana Word of God adalah diisytiharkan.
Terdapat satu dewan besar di dalam wisma ini telah menduduki sebahagian besar tingkat bawah. Dewan tersebut digunakan dalam seminar, perhimpunan dan acara sosial. Terdapat 12 bilik darjah masing-masing dengan kapasiti untuk 25 hingga 30 orang untuk pengajaran agama dengan cara penyoalan dan penjawapan, tiga bilik mesyuarat masing-masing dengan kapasiti untuk 25 orang, sebuah bilik persidangan yang boleh menampung kira-kira 80 orang sebagai auditorium dan sebuah bilik untuk belia di tingkat atas. Dewan besar, bilik-bilik mesyuarat, bilik persidangan dan beberapa buah bilik darjah adalah berhawa dingin. Wisma ini juga terdapat tempat kediaman untuk penjaga dan ahli-ahli keluarganya serta tandas yang mencukupi.
3.0 Metodologi Kajian
Perkara yang dibincangkan dalam bab ini merupakan aspek yang berkaitan dengan langkah-langkah untuk melaksanakan kajian ini, reka bentuk kajian, populasi kajian, alat kajian dan soal selidik.
Kami telah menjalani kajian kami di Masjid Selat Melaka, Cheng Hoon Teng dan juga Gereja St. Peter yang semuanya terletak di Melaka. Ketiga-tiga rumah ibadat ini mempunyai penganut agama yang berbeza-beza. Pemilihan tempat tersebut sebagai tempat kajian adalah kerana ketiga–tiga bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri, keunikan dan sejarah masing-masing.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan biodata responden manakala bahagian B pula merangkumi lapan soalan. Soalan-soalan ini dikategorikan kepada latar belakang tentang rumah ibadat, sebab-sebab mengunjungi rumah ibadat, kesedaran yang diterima oleh masyarakat setempat, sumbangan pihak tertentu untuk memelihara rumah ibadat, lokasi pengambaran atau pelancongan dan aktiviti dan juga pandangan kepada rumah ibadat.
3.2 Populasi Kajian
Lima belas set soal selidik diedarkan kepada responden berkaitan rumah ibadat masing-masing iaitu lima set untuk Masjid Selat Melaka, Cheng Hoon Teng dan Gereja St Peter.
3.3 Instrumen Kajian
Alat kajian yang kami gunakan adalah melalui soal selidik. Oleh itu, borang soal selidik telah disediakan berdasarkan soalan-soalan kajian kami.
4.0 Hasil Kajian
Rajah 1: Bilangan responden mengikut jantina
Didapati bahawa sebanyak 66.7% atau 10 orang daripada 15 orang adalah golongan wanita manakala golongan lelaki hanya sebanyak 5 orang sahaja. Kesemua responden adalah terdiri daripada pelajar, sukarelawan yang berkerja di rumat ibadat dan juga pelancong.
Rajah 2: Bilangan Responden Mengikut Bangsa
Rajah 3: Bilangan Penganut Mengikut Agama
Didapati bahawa jumlah bilangan responden mengikut bangsa dan agama masing-masing adalah hampir sama. Hal ini demikian, orang Melayu di Malaysia adalah penganut agama Islam manakala orang Cina beragama Buddha, Kristian dan lain-lain. Merujuk jadual di atas, daripada 15 orang responden, 7 adalah bangsa Melayu dan semuanya beragama Islam manakala 8 adalah orang Cina. Daripada 8 orang Cina didapati bahawa 2 daripadanya adalah beragama kristian.
Rajah 4: Pengetahuan tentang latar belakang seni bina
Rajah 5: Pengetahuan tentang tempoh bangunan
Kebanyakan responden tidak pasti tentang latar belakang dan juga berapa lama sudah bangunan terletak di tempat masing-masing. Lebih kurang 30% responden mengetahui tentang sejarah bagi rumah ibadat masing-masing.
Rajah 6: Ciri-ciri menyebabkan bangunan tersebut dikunjungi
Rajah 7: Pendapat respoden tentang kesedaran rumah ibadat terhadap masyarakat
Kedua-dua soalan ini diisi oleh 15 orang responden dan jawapan responden boleh lebih daripada satu. Jadi, mengikut statistik di atas ciri-ciri yang menyebabkan orang ramai mengunjungi rumah ibadat adalah mereka berminat dengan sejarahnya yang unggul. Menurut statistik juga, kesedaran yang diberi kepada masyarakat setempat adalah rumah ibadat merupakan tempat memberi didikan agama iaitu sebanyak 36%.
Rajah 8: Bantuan daripada organisasi dalam memelihara bangunan ibadat
Menurut rajah di atas, sebanyak 27% atau 4 orang yang tidak pasti bahawa kerajaan ataupun organisasi koporat membantu memelihara rumah ibadat. Sebanyak 46% atau 7 orang responden memilih jawapan ‘Ya’ iaitu kerajaan atau organisai koporat membantu dalam memelihara rumah ibadat.
Rajah 9: Lokasi pengambaran untuk pelancong
Sebanyak 87% atau 13 orang responden telah memilih ‘Ya’ untuk soalan yang bertanya tentang adakah pelancong menjadi rumah ibadat sebagai lokasi pengambaran. Di samping itu, rumah ibadat yang mempunyai usia yang lama bagi Tokong Cheng Hoon dan Gereja St. Peter, ia merupakan unsur utama pelancong tempatan atau asing untuk mengunjunginya.
Secara keseluruhannya, kebanyakan para responden tidak mengetahui latar belakang rumah ibadat masing-masing. Akan tetapi para responden memberi pandangan yang positif dan berasa kagum dengan rumah ibadat masing-masing. Selain itu, ketiga-tiga tempat yang kami kaji merupakan tempat yang kerap dikunjunji dan merupakan tempat untuk lokasi pengambaran.
5.0 Kesimpulan
Negeri Melaka merupakan negeri yang paling bersejarah di Malaysia. Hal ini demikian kerana kedudukan geografi yang strategik dan telah menarik pihak penjajah negara lain. Banyak kesan penjajahan telah ditinggalkan sehingga kini. Salah satu kesan yang ketara ialah agama. Terdapat banyak bangunan bersejarah lain di Melaka. Bangunan-bangunan yang bersejarah ini telah menarik perhatian pelancong-pelancong asing. Perbelanjaan golongan pelancong asing akan menjana keuntungan yang banyak. Keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk memajukan negara kita. Hal ini demikian, negara Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun.
Bangunan-bangunan yang bersejarah patut dikekalkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa supaya sektor pelancongan di negara kita terus menjadi sumber kewangan utama di negara kita. Tambahan pula, generasi yang akan datang juga dapat menikmati keindahan bangunan-bangunan tersebut. Diharapkan negara kita akan berupaya untuk bertanding dengan negara-negara maju yang lain bagai kata “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.
Rujukanhttp://chenghoonteng.com/?q=zhphans/node/44http://travel.zaobao.com/msia/pages/m_place0808 01.html.
http://en.wikipedia.org/wiki/Cheng_Hoon_Teng.
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1136/1/AHMAD_FAISAL_BIN_ISMAIL_86_24.pdf.http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1220/1/AZMAN_BIN_SAMSURI_87_24.pdf.
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1289/1/HAMDAN_BIN_ARIFIN_92_24.pdf.
Nikalaus Pevsner. (1943). Outline of European Architecture.
St. Alphonsus. (2009). The Sermons of St. Alphonsus Liguori for All the Sundays of the Year.
MZ Zainudin, Chong Jia Ming, Lee Wee Pin, Chew Lup Yeng, Mohamad Hafizuddin Abu Samad