1.0 Pengenalan
Makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut
ketentuan syariat Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuhan, buah-buahan
ataupun binatang pada dasarnya adalah hahal dimakan, kecuali apabila ada
nas-nas al-quran atau al-hadis yang melarangnya. Ada kemungkinan sesuatu
makanan menjadi haram kerana mengandungi mudarat atau bahaya bagi kehidupan
manusia. Makanan halal merupakan keperluan yang cukup penting bagi umat Islam.
Allah berfirman: Hai sekalian manusia,
makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah
kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang nyata bagimu. (QS. Al-Baqarah [2]: 168).
Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci
dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam semasa menggunakannya. Arak,
khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan
oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan
yang ditemui dan tercatat dalam al-quran. Beberapa peraturan lain ditetapkan
melalui fatwa yang dibuat oleh mujtahid
dengan berbagai-bagai peringkat ketegasan, namun tidak semua daripadanya
diterima oleh golongan dalam Islam. Menurut al-quran, satu-satunya fokus yang
secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah,
daging babi, dan haiwan yang dikorbankan selain dengan nama Allah.
Perkara berhubung halal dan haram telah dijelaskan dengan begitu nyata
dalam al-quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan
harian dan sebagainya, diwajibkan ke atas penganut beragama Islam untuk memilih
yang halal. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100 peratus halal malah suci
dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya.
Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan
menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.
Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan
yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi
seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat
Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara
seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang
Islam.
Di Malaysia, Jakim telah pun mewartakan badan-badan tertentu untuk
menjaga produk-produk yang dikomersialkan dijamin halal. Mereka perlu
memastikan bukan sahaja produk malahan dari sudut bahan, kaedah proses,
kebersihan perlatan dan premis turut diambil kira. Semua ini bertujuan untuk
memastikan makanan yang dikormesialkan kepada pengguna khususnya masyarakat
Malaysia yang beragama Islam selamat dan dijamin halal untuk dimakan.
1.1 Definisi
Halal
Menurut Wikipedia, Halal adalah satu perkataan Arab yang bermaksud
"sah" atau "halal." Istilah ini meliputi bukan sahaja
makanan dan minuman, tetapi juga semua perkara kehidupan seharian. Contoh yang
paling biasa (atau haram) makanan tidak halal adalah daging babi. Walaupun babi
adalah hanya daging yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam sama sekali (kerana
kebimbangan kebersihan), makanan lain selain daripada daging babi juga boleh
menjadi haram. Kriteria bagi item bukan daging babi termasuk sumber, punca
kematian haiwan dan bagaimana ia diproses.
Makanan mesti datang dari pembekal yang menggunakan amalan halal. Umat
Islam juga perlu memastikan bahawa semua makanan (makanan terutamanya
diproses), serta barangan bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal,
adalah halal. Lazimnya, produk-produk ini mengandungi haiwan atau bahan-bahan
lain yang tidak dibenarkan bagi orang Islam untuk makan atau gunakan pada badan
mereka.
Industri Makanan Halal
Industri Makanan Halal merupakan satu bidang yang agak luas. Industri
ini masih lagi berada pada fasa awal. Ia berperanan sebagai medium untuk
memastikan keesahan sesuatu produk yang dibekalkan untuk masyarakat di Malaysia
mempunyai status halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pada
masa yang sama, industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga
budaya berbilang kaum negara ini dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis
bercita rasa Asia. Industri pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki
rakyat Malaysia. Adalah dianggarkan bahawa jualan runcit global bagi
produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam lingkungan US$3.5 trilion dan
dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada US$6.4 trilion
menjelang 2020.
2.0 Objektif Kajian
a. Mengenal pasti bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan di
premis
b. Mengetahui tahap kebersihan premis makanan
c. Mengenal pasti industri pemprosesan makanan halal
d. Mengkaji isu-isu tentang makanan
3.0 Metodologi
Kajian
3.1 Persampelan
Kajian
Responden terdiri daripada pelbagai kaum yang terdapat di
Melaka iaitu Melayu, India, Cina dan selain daripada itu dikategorikan sebagai
lain-lain. Responden juga dipilih daripada pelajar-pelajar dan orang awam
secara rawak.
3.2 Instrumen
Kajian
Dalam kajian ini,bahan yang digunakan untuk mengumpul
maklumat adalah borang soal selidik. Hal ini kerana borang ini sesuai digunakan
dalam kajian berbentuk tinjauan yang kami lakukan ini. Selain itu, borang ini
mudah untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak
individu itu sendiri. Jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi
dengan arahan tambahan atau penyataan tambahan dari sumber luar.
Jenis soal selidik yang digunakan adalah berbentuk
pilihan jawapan. Soal selidik seperti ini mengandungi soalan atau penyataan
berserta dengan cadangan jawapan atau maklum balas. Responden perlu membaca dan
memahami penyataan dan memilih jawapan yang paling sesuai bedasarkan cadangan
jawapan yang diberi.
Pemilihan soal selidik adalah kerana mudah dilakukan dan
diuruskan untuk mengumpul data. Responden juga tidak perlu untuk mengeluarkan
idea-idea tambahan untuk mengisi soal selidik tersebut. Di samping itu
maklumat-maklumat diperoleh secara tersusun dan jelas yang dapat memudahkan
penganalisisan data boleh dilakukan dengan cepat dan tepat. Dalam kajian ini, borang
soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu:
Bahagian A: soal selidik profil responden.
Bahagian B: soal selidik kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal.
Bahagian A:
Soal selidik profil responden
Dalam bahagian ini soalan berkaitan
dengan maklumat diri responden yang mengisi borang soal selidik ini. Jenis
soalan yang dikemukan ialah jantina, umur, bangsa dan taraf pendidikan
responden.
Bahagian B :
Selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal
Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui tentang
kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Bahagian ini mempunyai
soalan atau pertanyaan sebanyak 12 item untuk mengumpul maklumat untuk
menjalankan kajian. Soalan-soalan yang diberi telah diberikan cadangan jawapan
berdasarkan skala likert. Melalui borang soal selidik,data-data dianalisis melalui
kaedah peratusan dan kekerapan. Kaedah ini dilakukan pada setiap soalan untuk
melihat peratus jawapan yang didapati dari responden melalui borang soal
selidik dan untuk mendapat kejituan hasil dapatan yang lebih tepat bagi
mencapai objektif kajian.
4.0 Hasil Kajian dan Analisis
Kajian ini merupakan satu kajian tentang kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal dan kami telah mengambil pendapat orang
ramai melalui kaedah soal selidik. Seramai 15 orang responden telah dipilih
yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat perempuan untuk menjalankan kajian. Kajian
in melibatkan pengumpulan data, analisis data, interpretasi dan merumuskan
hasil kajian.
Bagi kajian ini kami telah menyediakan borang soal
selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah berkaitan
dengan profil responden manakala bahagian kedua ialah berkaitan dengan
soalan-soalan atau penyataan-penyataan tentang kefahaman pelajar terhadap
industri makanan halal. Soal selidik ini dibina untuk mengumpul data untuk
menjalankan kajian dan mencapai objektif kajian.
4.1 Bilangan
dan Peratusan
Soalan 1:
Taburan responden yang mengambil berat tentang makanan yang mereka makan
Merujuk rajah di atas
adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada
15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan pertama saya mengambil berat makanan
yang saya makan. Maklumat menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh
responden iaitu tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (46
%) mewakili 7 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka mengambil berat tentang makanan
yang mereka makan. Diikuti sebanyak (40% ) iaitu 6 orang sangat setuju dan (7%)
iaitu seorang untuk tidak pasti dan
tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden mengambil berat makanaan apa
yang dimakan.Hal ini dapat dibuktikan daripada jawapan soal selidik yang diedarkan
kepada responden.
Soalan 2:
Taburan responden yang mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam
iaitu halal dan bersih (Halalan Toyyiba)
Merujuk rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal
selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar
yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap
industri makanan halal. Soalan kedua ialah saya mengetahui ciri-ciri makanan
halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (Halalan Toyyiba). Maklumat
daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu
tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (57%) mewakili 8 responden
mengatakan mereka setuju bahawa mereka
mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih.
Diikuti sebanyak (29%) iaitu 4 orang sangat setuju dan (14%) iaitu 2 orang
responden untuk tidak pasti. Kesimpulannya, sebilangan besar responden
mengetahui -ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (
Halalan Toyyiba).
Soalan
3: Taburan responden yang mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan
produk makanan halal
Merujuk rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi
soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada
pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal.Soalan ketiga ialah saya mengetahui
syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Maklumat daripada
rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang
setuju,tidak pasti dan sangat setuju. Sebanyak (69%) mewakili 11 responden
mengatakan mereka tidak pasti mereka
mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Diikuti
sebanyak (19%) iaitu 3 orang kurang setuju dan (12%) iaitu 2 orang untuk sangat
setuju. Kesimpulannya,tidak semua mengetahui tentang syarikat-syarikat yang
mengkormesialkan halal dan hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya.
Soalan 4:
Taburan responden yang melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum
membeli
Merujuk rajah di atas
adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada
15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian
iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.Soalan keempat
ialah saya melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum membeli. Maklumat
daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu
kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (53%) mewakili 8
responden mengatakan mereka sangat
setuju mereka melihat logo halal pada bungkusan sebelum membeli. Diikuti
sebanyak (27%) iaitu 4 orang setuju dan (13%) iaitu 2 orang untuk tidak pasti.
Akhir sekali, seorang responden (7%) kurang setuju. Kesimpulannya,kebanyakan
bersetuju melihat logo halal di bungkusan makanan sebelum membelinya.
Soalan 5:
Taburan responden yang mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Merujuk rajah di atas
adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada
15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian
iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.Soalan kelima
ialah saya mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang
dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (60%)
mewakili 9 responden mengatakan mereka
sangat setuju bahawa mereka mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Diikuti sebanyak (33%) iaitu 5 orang
setuju dan (7%) iaitu 1 orang untuk tidak pasti. Secara keseluruhanya bersetuju
dan mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
Soalan 6:
Taburan responden yang mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering
digunakan dalam setiap makanan yang diproses
Merujuk rajah di atas
adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada
15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian
iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keenam
ialah saya mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam
setiap makanan yang di proses. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan
jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti
dan kurang setuju. Sebanyak (33%) mewakili 5 responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka mengetahui bahan
bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di
proses. Sebanyak (27%) iaitu 4 orang setuju dan (20%) iaitu 3 orang untuk tidak
pasti dan kurang setuju. Secara keseluruhannya bersetuju dan mengetahui bahan
bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang diproses.
Soalan 7:
Taburan responden yang mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis
pengeluaran produk makanan halal
Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada
sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri
daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketujuh ialah saya mengambil
berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal. Maklumat
daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu
sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (67%) mewakili 10 responden
mengatakan mereka sangat setuju bahawa
mereka mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk
makanan halal. Sebanyak (6%) iaitu
seorang setuju dan (27%) iaitu 4 orang untuk tidak pasti. Secara
keseluruhannya bersetuju terhadap mengambil berat tentang kebersihan sesuatu
premis pengeluaran produk makanan halal.
Soalan 8:
Taburan responden yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang
dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia
Peratus responden yang memastikan premis
mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan
Malaysia.
Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal
selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar
yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap
industri makanan halal. Soalan kelapan ialah saya memastikan premis mempunyai
gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Maklumat
daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu
sangat setuju,setuju,tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (47%) mewakili 10
responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan premis
mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan
Malaysia. Sebanyak (33%) iaitu 5 seorang setuju, (27%) iaitu 4 orang untuk
tidak pasti dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju
terhadap memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri
oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.
Soalan 9:
Taburan responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang
telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka
Peratus responden yang
memastikan sesuatu premis memiliki Sijil
halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka
Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada
sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri
daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesembilan ialah saya
memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh
Jabatan Kesihatan Malaysia. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan
jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti
dan kurang setuju. Sebanyak (60%) mewakili 9 responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan
sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum
membeli produk keluaran mereka. Sebanyak (33%) iaitu 5 seorang setuju dan
seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap
memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM
sebelum membeli produk keluaran mereka.
Soalan 10:
Taburan responden yang merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh
syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal
Peratus responden
yang merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat
yang mengkaji tentang produk-produk halal
Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada
sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri
daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesepuluh ialah saya merujuk
direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji
tentang produk-produk halal. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan
jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti
dan kurang setuju. Sebanyak (40%) mewakili 10 responden mengatakan mereka
setuju bahawa mereka merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh
syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal. Sebanyak (27%)
iaitu 4 seorang setuju, (27%) iaitu 4 orang untuk tidak pasti dan seorang (6%)
kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap merujuk direktori
makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang
produk-produk halal.
Soalan 11:
Taburan responden yang merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi
cara pemikiran seseorang
Peratus responden yang merasakan pengambilan
makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang
Berdasarkan rajah di atas
adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada
15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian
iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan
kesebelas ialah saya merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi
cara pemikiran seseorang. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan
yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan tidak
setuju. Sebanyak (53%) mewakili 8 responden mengatakan mereka sangat setuju
bahawa pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran
seseorang.Sebanyak (27%) iaitu 4 seorang tidak pasti, (13%) iaitu 2 orang untuk Setuju dan seorang (7%) tidak
bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju pengambilan makanan halal mampu
mempengaruhi cara pemikiran seseorang.
Soalan
12: Taburan responden yang berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu
mempengaruhi kesihatan individu
Peratus responden yang berpendapat bahawa produk halal
lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu
Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada
sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri
daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua belas ialah saya
berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan
individu. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih
oleh responden iaitu sangat setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (80%)
mewakili 12 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka berpendapat bahawa
produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu. Sebanyak (13%) iaitu 2 seorang setuju dan (7%)
iaitu seorang untuk tidak pasti. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap
pendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.
5.0 Kesimpulan
Penumpuan
terhadap aspek kualiti, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di sepanjang
rantaian proses pengeluaran dan juga aktiviti pemasaran produk makanan
sewajarnya wajib dititikberatkan oleh semua kakitangan di industri makanan
Malaysia. Setiap elemen-elemen ini diperlukan bagi tujuan memastikan dan memberi
jaminan pengeluaran produk makanan yang bersih, selamat, halal serta sesuai untuk
digunakan. Selain itu, pematuhan, pemantapan pengetahuan dan perlaksanaan
menyeluruh amalan standard-standard tertentu yang bersesuaian perlu
dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Pengusaha PKS makanan tempatan
perlu sedar supaya mengetengahkan aspek-aspek tersebut di samping berazam untuk
menembusi pasaran luar melalui penawaran produk makanan yang setanding dan
tidak diragui kualiti dan keselamatannya.
Dengan demikian,
cabaran dalam mengekalkan sistem penguatkuasaan keselamatan makanan yang
berkesan dan dipercayai oleh orang awam adalah penting dalam memastikan
pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat mencapai matlamatnya. Kakitangan
kerajaan perlulah melakukan kajian lanjutan tentang perbezaan amalan jaminan
kualiti yang wujud di sesebuah negara dalam penyediaan makanan yang selamat.
Selain itu,
tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menggalakkan perlaksanaan serta
pematuhan standard yang berkaitan di industri makanan terutamanya yang
diusahakan oleh PKS. Tambahan pula, kesedaran pengguna terhadap keperluan akta
dan peraturan keselamatan makanan perlu diterapkan sebagai salah satu pemangkin
pelaksanaan sesuatu standard dalam kalangan PKS makanan. Galakan yang
dimaksudkan adalah dalam bentuk pengagihan peraturan keselamatan makanan di
tempat-tempat latihan penyediaan makanan, mewajibkan dalam syarat pengeluaran
lesen perniagaan dan juga melalui penyeragaman polisi keselamatan makanan di
semua negeri.
Selain itu,
kejayaan pengeluar produk makanan mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada
badan-badan standard tertentu sama ada daripada agensi tempatan atau
antarabangsa turut mampu mendorong ke arah peningkatan terhadap penerimaan dan
keyakinan produk di pasaran. Keadaan ini sudah tentunya nanti mampu memberi
pulangan yang baik walaupun pada permulaan perlaksanaan standard ini mungkin
menyukarkan.
Rujukan
Mohd
Ali Mohd Noor dan Nor Aini Hj. Idris. (2009). Daya Saing Industri Makanan Halal Berasaskan Bijirin: Analisis Daya Saing
Terlaras RBV Dan Porte. Prosiding Perkem IV, Jilid 2.
Nor
Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor. Usahawan
Industri Makanan Halal: Satu Analisis
Persepsi dan Sikap. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan.
Buku
Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Makanan Halal Sumber Pembentukan
Syakhsiah Mulia, 2007, Pusat Da'wah Islamiah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei.
http://en.wikipedia.org/wiki/Halal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam