Dari Jaya Trading saya ke kedai TenTen dan Tunas Manja untuk mencari butang baju Melayu. Setiap kali saya bertanya jurujual wanita di ketiga-tiga kedai ini, semuanya memberitahu jawapan yang sama iaitu tidak ada.
Ten Ten dan Tunas Manja adalah kedai pakaian dan gedung membeli-belah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Namun kedua-duanya tidak menjual butang baju Melayu.
Mencari butang baju Melayu di kawasan itu amat mencabar. Sepanjang laluan ke Kuantan, saya tidak perasaan butik pakaian kerana tidak biasa dengan kawasan itu, barangkali butang baju Melayu terdapat di bandar Kuantan.
Saya berehat sebentar di sebuah restoran untuk membasahkan tekak. Ketika minum, saya melihat seorang jurual yang berpakaian kurta sedang berjalan sambil memegang buah-buah tasbih untuk dijual kepada pelanggan restoran. Saya mengangkat tangan kanan dengan harapan beliau dapat melihat saya.
Sebaik sahaja memandang saya, beliau terus bergerak ke arah saya. Lalu saya bertanya adakah dia menjual butang baju Melayu. Jawapannya tidak. Saya ucapkan terima kasih dan beliau berlalu pergi.
Saya mengandaikan butang baju Melayu tidak dijual di kedai-kedai kawasan itu kerana bukan musim perayaan dan tidak ada keperluan untuk menjualnya.
Apabila semua ikhtiar dan harapan telah selesai, saya berharap akan berlaku keajaiban di tempat penginapan saya.
Pembelajaran yang saya dapat ialah pastikan baju Melayu yang hendak dibawa disematkan butangnya sekali, jika tidak tentulah sukar untuk berjumpa butang baju Melayu.
Di akhir pengalaman ini, saya diberitahu ada butang baju Melayu yang dimasukkan ke dalam beg sandang, itu pun berlainan bentuk dan hanya tiga biji.