1.0 Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh
Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan hanya
memakai pakaian yang amat ringkas dan menutup di bahagian tertentu di tubuh.
Kaum lelaki menggunakan tiga helai kain iaitu di kepala dan kain sarung yang
dijadikan cawat. Manakala kaum wanita pula hanya menggunakan tiga helai kain
iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang.
Selepas kedatangan Islam, pengaruh
Islam memberi kesan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat mula dipengaruhi
dengan cara berpakaian orang Arab seperti jubah. Tun Hassan adalah Sultan
Mahmud Shah iaitu orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal
kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan
baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju
itu dinamakan baju kurung.
Pakaian tradisional Melayu begitu
penting sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian dan gubahan yang dilakukan
terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari asalnya. Buktinya, baju
Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini. Pakaian
kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian
wanita yang masih popular termasuk Baju Kurung, Baju Kebaya Panjang, Baju
Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Pakaian tradisional banyak
digayakan wanita. Pakaian ini daripada kain kasa yang dipadankan dengan kain
sarung, batik atau songket dengan motifkan warna-warni.
1.1 Objektif
Kajian
Objektif kajian ini ialah mengenal pasti
pakaian dan kita dapat mengetahui identiti sesuatu kaum yang terakam kemas pada
kesenian pakaian tersebut, mengenal pasti identiti bangsa lain supaya kita
dapat mengekalkannya untuk manfaat generasi yang akan datang dan menjelaskan
tentang pakaian tadisional iaitu baju kurung dan baju kebaya dalam Malaysia.
2.0 Metodologi Kajian
Bagi mendapatkan maklumat-maklumat
yang lebih lanjutkajian ini telah menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah
pemerhatian, kaedah temubual dan kaedah rujukan.
Kaedah yang pertama ialah kaedah
pemerhatian dengan melihat cara-cara kebaya nyonya dan baju kurung dijahit di
sebuah kedai yang bernama Ce’ Rose yang terletak di Bangunan Merah, Banda
Hilir, Melaka.
Kaedah yang kedua pula ialah kaedah
temubual. Kajian telah menemubual dua orang responden di kedai Ce’ Rose tentang
bagaimana baju nyonya dijahit, jenis-jenis biku, corak-corak terdahulu
sehinggalah yang telah dimodenkan, kain yang dipakai daripada kain batik dan
kain yang dimodenkan bernama pario, anggaran harga-harga di pasaran dan
beberapa buah negara di serata dunia yang telah membeli baju nyonya di
kedai tersebut.
3.0 Hasil Kajian
Daripada kajian yang telah dilakukan
perbezaan baju kurung dan baju kebaya adalah berbeza dari pelbagai aspek. Terutamanya,
kajian ini meliputi pelbagai jenis pakaian Melayu iaitu ciri-ciri yang ada pada
pakaian tersebut dan proses untuk menghasilkannya.
Kebudayaan dan adat resam bangsa
Melayu lebih meluas jika dikaji mengikut sejarahnya yang berabad lama. Sejarah
pakaian tradisi Melayu ini telah tersimpan dalam lipatan memori setiap individu
di Malaysia. Ini kerana pemakaian pakaian tradisi ini tidak terhenti pada
sesuatu abad atau tahun sahaja.
Ianya kekal sehingga kini dengan
pelbagai jenis corak akan tetapi banyak perubahan sudah diubah dalam pakaian
baju kurung dan baju kebaya. Namun yang pasti, pemakaian pakaian tradisi
merupakan satu elemen yang wajib khususnya bagi kaum Melayu dalam pelbagai
acara formal dan tidak formal.
3.1 Latar
Belakang Baju Kebaya
Perkataan kebaya berasal daripada perkataan Arab 'habaya' yang bermaksud
pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Antara
baju kebaya yang telah dihasilkan ialah Baju Belah Kebaya Panjang, Kebaya Kota
Bharu, Kebaya Riau-Pahang, Kebaya Chitty, Kebaya Nyonya, Kebaya Saloma. Baju
kebaya mempunyai belahan yang asalnya labuh kini mulai berubah dengan bentuk
yang lebih kemas. Potongan baju dijadikan ramping di pinggang serta baju
disingkatkan. Terdapat beberapa teori tentang asal usul baju kebaya iaitu:
3.1.1 Baju
Belah Kebaya Panjang
Baju belah kebaya panjang terkenal
dengan wanita di Johor walaupun mereka memakai baju kurung dalam acara majlis
akan tetapi mereka juga memakai dengan baju kebaya sebagai warisan daripada
Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan'
anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Bezanya
ialah berbelah dan berpesak di hadapan baju biasanya dipakai sebagai pakaian di
luar rumah atau upacara rasmi.
Baju belah panjang ini juga agak terkenal
di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kebaya belah ini dikenali
sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi
kebaya dan berlenggan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah
dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga. Baju kebaya panjang ini dikecilkan
sedikit untuk mengikut bentuk badan pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan
kuncup iaitu kepala kainnya dilipat ke bahagian hadapan.
3.1.2 Baju Kebaya Nyonya
Pakaian ini dibawa oleh Portugis ke
Melaka. Hal ini jelas dilihat pakaian baju kebaya ini telah lama dipakai di
Melaka bukan sahaja oleh orang wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina
Peranakan (Baba dan Nyonya) hanya sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya
pemakaiannya.
Kebaya Nyonya mempunyai fabrik yang
biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan
kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.
Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin
daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang
digunakan untuk membuat kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling
tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.
3.1.3 Baju Kebaya Saloma
Baju kebaya saloma diperkenalkan
oleh biduanita Puan Sri Saloma. Beliau boleh dianggap sebagai pencipta
atau pencetus fesyen dan gaya berpakaian wanita Melayu. Saloma dilihat berani
mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaian. Pada zaman
1950-an, orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh dengan pengaruh
Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian 'asing' bagi masyarakat Melayu
ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk
badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada.
Saloma turut memperagakan pelbagai
jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen
pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepas menjadi kesukaan
wanita dan artis wanita pada waktu itu. Oleh itu, baju kebaya Saloma ini kekal
sehingga kini sehingga menjadi tradisi setiap wanita untuk memperagakannya.
3.1.4 Baju
Kebaya Riau-Pahang
Di Pahang, baju kebaya dikenali
sebagai baju Riau-Pahang atau kebaya Turki. Perbezaannya ialah rekaan leher
berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang. Namun, bahagian
depannya berbelah seperti baju kebaya yang lain dan turut dipakai bersama
kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang.
3.1.5 Baju
Kebaya Selangor
Di Selangor juga mempunyai kebaya
tersendiri salah satunya ialah tidak mempunyai kolar. Terdapat pelbagai gaya
kebaya antaranya di Selangor, kebaya tidak berkolar. Selangor mempunyai Kebaya
tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah tidak mempunyai kolar, kebaya jenis
ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh
pada tahun 2001.
3.1.6 Kebaya
Chitty
Kebaya Chitty ini daripada wanita
Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Terdapat
beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina.
Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya
mereka berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty
juga cenderung untuk tiada corak, dengan sulaman halus atau tiada langsung.
Tidak seperti Nyonya kebaya yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti
dan halus. Malah terdapat juga perbezaan iaitu wanita Chitty juga memakai
kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari
oleh Nyonya).
3.2 Latar
Belakang Mengenai Baju Kurung
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu
hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai
baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju
longgar yang labuh, kadangkala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Baju kurung sesuai dipakai dalam
majlis-majlis formal atau urusan seharian.
Baju tradisional Melayu merjuk
kepada baju tradisional orang Melayu terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Pakaian
orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat
peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan ianya akibat daripada
pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun
dari Timur dan Barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang pelbagai
serta indah dan unik.
Baju kurung dahulu mempunyai satu
kocek. Tujuannya untuk memudahkan mereka meletak duit tanpa membawa beg.
Pengertian kurung ialah 'mengurung atau menutup' anggota tubuh. Cara ini
menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah
istilah 'kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau
panjang.
Baju kurung amat sesuai dipakai oleh
semua golongan masyarakat dan boleh digunakan untuk menghadiri majlis
perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya baju
kurung adalah pakaian tradisi termasuklah pakaian rasmi pelajar sekolah rendah
dan menengah.
3.2.1 Baju
Kurung Riau
Baju kurung Riau disebut 'Engku
Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipetuan Muda
Riau yang kelima daripada keturunan Bugis. Baju Kurung biasa tanpa mempunyai
pesak yang terbahagi kepada dua bahagian atau lebih dikenali sabagai pesak
gantung dan mempunyai bentuk di bahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung Riau
adalah kembang di bahagian bawah iaitu di bahagian pinggang. Baju kurung ini sesuai
untuk yang bertubuh kurus mahupun gempal. Di samping itu, membentukkan sedikit
potongan badan, ia dapat menyembungikan bahagian punggung.
3.2.2 Baju
Kurung Pahang
Baju Kurung Pahang atau dikenali
sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua
negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua
buah negeri yang berjauhan akan tetapi perhubungan politik dan sosial budaya
yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka. Baju Belah atau Baju
Kebaya Turki berbeza dengan pesak baju kurung kedua-dua bahagian tepi Baju
Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Hanya
mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus ke bawah.
3.2.3 Baju Kurung Kedah
Baju Kurung Kedah berasal daripada
Selatan Thai kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat
sampai ke punggung. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan
diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain kapas tebal atau
nipis yang jarang serta potongan leher. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain
sarung. Kain sarung diikat mengalur dan di masuk sebelah kiri atau
kanan. Baju Kurung Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian
formal.
4.0 Kesimpulan
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik sahaja. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang
kenamaan dan kerabat diraja. Pengekalan pakaian tradisional adalah langkah yang
efektif bagi memupuk masyarakat pada zaman moden ini serta lebih menghargai
budaya masing-masing.
Selain itu juga, generasi muda yang mengekalkan
pemakaian tradisional ini telah menunjukkan rasa hormat kepada generasi tua
yang mana asalnya yang mengolah pakaian-pakaian tradisional ini. Dari aspek
adab pula, adab berpakaian yang kita sering diamalkan
ini adalah bertujuan untuk mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa.
Tidak kiralah bangsa Melayu, Cina, mahupun India. Pakaian tradisional boleh
dipakai oleh pelbagai kaum di Malaysia kerana tidak mempunyai sebarang syarat
ataupun undang-undang. Akan tetapi, mengikut hukum hakam setiap bangsa. Adab berpakaian yang kita amalkan ini bertujuan
untuk mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa.
Kesimpulannya, perpaduan amat penting
dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat dan
negara. Jelaslah bahawa pakaian tradisional dapat memainkan peranan penting
untuk membentuk Malaysia supaya
bersatu. Bak pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”.
Rujukan
http://pkpgbk6.weebly.com/kaum-melayu.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung - BAJU KURUNG
http://atehlin.blogspot.my/2012/11/pakaian-orang-melayu-kini-lahir.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kebaya - BAJU KEBAYA
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_Kebaya_di_Malaysia
MZ Zainudin, Nur Hazirah Zaidul Bakri, Nur Hanis Fatini Rosli, Nur
Izzatul Iffah Abu Basrah, Nur Ainn Saini