Kisah pelawat membelasah seorang pengawal
keselamatan di sebuah hospital kerana enggan membenarkan kanak-kanak dibawa
bersama ke dalam wad mengundang simpati orang ramai. Dalam gambar yang
dimuatkan dalam media, tangan kiri dan kanan pengawal keselamatan tersebut
dipegang oleh dua lelaki sementara seorang lelaki lagi menendangnya di
belakang.
Motifnya tiga lelaki tersebut adalah kerana
tidak puas hati.
Kita melihat pengawal keselamatan berkenaan
telah membuat keputusan yang betul. Tidak membenarkan pelawat dewasa membawa
kanak-kanak menjadi polisi sebahagian daripada hospital di negara ini.
Kebanyakan pelawat memahami peraturan ini namun ada segelintir yang tidak mahu
menerima larangan tersebut.
Pihak hospital tentu mengambil prosedur khusus
bagi memberi penerangan kepada syarikat keselamatan yang dilantik untuk menjaga
pintu masuk ke wad. Ketegasan pengawal menjadi tunjang kelancaran masa melawat
dan membantu pelawat mengambil berat keadaan pesakit.
Banyak cara yang boleh digunakan oleh pihak
hospital untuk berkongsi peraturan melawat ini. Antaranya ialah meningkatkan
bilangan poster di sekitar kawasan hospital supaya pelawat memahami peraturan
dan masa melawat. Selain itu, pengawal keselamatan juga wajar diberi pendedahan
kepada kaedah mesra perkhidmatan pelanggan supaya pelawat tidak rasa seperti
kena marah.
Pelawat seharusnya memberi kejasama kepada
pihak hospital supaya tidak menimbulkan banyak masalah kepada semua pihak.
Dalam kes ini, laporan polis yang dibuat diharap menjadi pengajaran kepada
semua pihak bagi memastikan kebajikan pesakit diberi keutamaan.
No comments:
Post a Comment