Penulis: Nobaya Ahmad dan rakan-rakan
Tahun: 2009
Penerbit: Penerbit Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor.
Muka Surat: 258
Buku Pembangunan
Belia Abad Ke-21: Isu dan Cabaran ini adalah satu siri bacaan yang ditulis
oleh pengkaji sains sosial yang arif serta berminat dengan isu dan cabaran yang
dihadapi generasi belia kontemporari Malaysia.
Umum mengetahui, transformasi sosial yang
berlaku dalam negara pada abad ke-21 memberi implikasi besar kepada gaya fikir
dan gaya hidup generasi belia. Justeru, penerbitan buku ini sangat bertepatan
sebagai siri bacaan umum bagi masyarakat Malaysia khususnya dalam mendapatkan
gambaran tentang realiti yang dihadapi oleh generasi belia masa kini.
Penulisan sebahagian besar bab buku ini adalah
berasaskan hasil penemuan kajian saintifik serta analisis empirikal yang
berkaitan pembangunan belia sekali gus menjadikan buku ini juga sangat
bersesuaian untuk dijadikan rujukan oleh para akademik, pelajar universiti dan
pembuat dasar.
Buku ini diharap dapat membuka minda pembaca
dalam memahami, menghayati dan merealisasikan pembangunan belia positif
khususnya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment