Kawan atau rakan adalah talian hayat yang sangat penting dalam hidup. Jatuh dan bangun, tawa dan riang atau susah dan senang banyak ditentukan oleh kawan.
Maknanya, kawan menjadi sumber dorongan, pemberi semangat dan tempat bergantung supaya hidup kita menepati nilai-nilai insaniah seperti kasih sayang, bantu-membantu dan doa-mendoakan.
Bagaimana kita boleh menambah bilangan rakan yang lebih ramai?
Ia adalah cabaran kerana bergantung kepada diri kita
sendiri. Apakah definisi kawan atau rakan dalam diri kita? Jadi,menambah kawan
terletak pada definisi yang diberikan.
Seorang kenalan saya tidak akan melayan permintaan orang yang tidak dikenali untuk menjadi rakan Facebook kerana dia hanya akan masukkan orang yang dikenali. Seorang rakan lagi, bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan Facebook kerana dia berbangga dengan bilangan rakan yang ramai.

No comments:
Post a Comment