Bagaimana kita memberi tafsiran atau definisi kepada masalah atau problem? Jika kita biasa dengan kamus, ada dua definisi untuk masalah.
Pertama, mana-mana hal yang melibatkan ketidakpastian, keraguan atau kesukaran. Kedua, soalan yang dicadangkan bagi penyelesaian atau perbincangan.
Antara dua definisi ini, manakah yang menepati definisi masalah yang kita hadapi?
Ia bergantung kepada bagaimana kita melihat masalah berkenaan. Cuba lihat contoh ini.
'Seorang pekerja yang telah berkeluarga mendapat peluang kenaikan pangkat.
Namun dia perlu berpindah dari tempat kerja sekarang. Sekiranya diterima,
keluarganya akan susah hati kerana terpaksa berpindah, jika tidak, dia akan
terlepas peluang itu.'
Manakah masalah di sini: adakah peluang kenaikan pangkat atau bergerak dan berpindah tempat kerja? Justeru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi itu, kita mesti memberi definisi yang jelas khususnya dari segi keperluan bukannya situasi yang bercanggah.
No comments:
Post a Comment