Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang digunakan dalam persidangan dan mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Bahasa-bahasa lain ialah Arab, Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Rusia.
Antara bahasa ini, bahasa Inggeris digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang; pendidikan, pengangkutan udara dan perubatan. Oleh kerana penggunaan bahasa Inggeris yang melata, negara-negara membangun dan baru merasai kemerdekaan lebih cenderung menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris.

Kepentingan bahasa ini dalam pendidikan menunjukkan betapa
tingginya perhatian kerajaan terhadap kemajuan negara. Ibu bapa yang memahami
isu ini cuba menyediakan kemahiran berbahasa kepada anak-anak sejak kecil.
Dari awal, anak-anak didedah dan diajar untuk bercakap beberapa istilah biasa dalam bahasa Inggeris. Contohnya, ‘fish’, ‘cat’, ‘car’ dan sebagainya yang mudah disebut. Bagi ibu bapa yang mahir bahasa Inggeris, mereka bercakap bahasa ini sepenuhnya. Bagi yang kurang, mereka sebut apa yang mereka tahu, sekurang-kurangnya dapat juga memperdengarkan istilah-istilah tertentu.

Di sekolah, pendidikan dalam bahasa Malaysia atau bahasa
ibunda lebih mudah kerana itulah bahasa yang paling mudah difahami untuk
mempelajari ilmu. Malaysia lebih beruntung kerana para pelajar mendapat
pendedahan awal dalam bahasa Inggeris.
Keadaan amat berbeza di Sudan, sebuah negara yang besar tetapi tidak dapat menyediakan peluang yang besar kepada rakyatnya untuk belajar. Pelajar di sana tidak diberi pendedahan secara formal untuk belajar bahasa Inggeris sehinggalah masuk ke sekolah menengah. Keadaan ini menyebabkan mereka yang berminat untuk belajar ke peringkat lebih tinggi berhijrah ke luar negara dan menguruskan hidup sendiri.

Apa yang berlaku sekarang ialah pelajar di universiti
dikatakan kurang mahir dalam komunikasi khususnya berbahasa. Rungutan yang sama
diberikan oleh majikan yang merasai bahasa sebagai sebahagian daripada masalah
pelajar yang perlu diberi perhatian.
Persoalan yang berlegar dalam minda pelajar ialah kenapa
kelayakan mereka tidak banyak membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik?
Apakah suatu yang biasa apabila seorang pelajar yang memiliki ijazah kejuteraan
dari universiti tiba-tiba ditawarkan kerja sebagai pencari fail?
Masa dulu mungkin janggal, namun hari ini, keadaan seperti itu sudah menjadi lumrah. Bukan sahaja jurutera yang perlu bersaing mencari pengalaman kerja, ahli teknologi, pentadbir dan analisis komputer juga kena ‘kaut’ apa-apa kerja yang dapat.

Timbul juga isu majikan yang lebih selesa memilih pelajar
lepasan universiti yang mahir berbahasa Inggeris biar pun keputusan peperiksaan
tidak begitu cemerlang berbanding pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang tetapi tidak boleh bercakap bahasa Inggeris. Situasi ini menunjukkan
bahawa komunikasi dan bahasa sangat rapat dengan kecerahan mendapat peluang
pekerjaan.
Namun, kita tidak patut memberi persepsi negatif ke atas pelajar
yang tidak tahu berbahasa Inggeris ini kerana kemahiran bahasa boleh dipelajari
dengan cepat andai pendekatannya adalah betul.
Selain bahasa, kemahiran insaniah amat berkesan. Seorang pelajar lepasan universiti yang sedang mencari kerja amat kecewa selepas berusaha mencari kerja di merata tempat. Akhirnya beliau memilih untuk bekerja sebagai pencuci kereta.
Pengalaman sebagai pelajar universiti yang mahir dengan kreativiti, pengurusan yang sistematik dan kesedaran terhadap kualiti telah melatihnya menjadi seorang pekerja yang tekun dan tidak cerewet dengan gaji. Berpuluh-puluh kereta dicucinya hinggalah suatu hari dia mencuci sebuah kereta mewah. Tuan punya kereta itu boleh agak sejauh mana tahap pendidikan pelajar tadi dan bertanya sedikit sebanyak latar belakangnya. Di tengah-tengah bahang panas, pelajar tadi sebenarnya mula ditemuduga peringkat awal.
Seterusnya beberapa hari selepas itu, dia dipanggil ke pejabat untuk ditawarkan kerja yang sesuai dengan kelayakan akademiknya.

Hakikat kehidupan ini ialah bersedia untuk sabar dalam mencari
pekerjaan. Biar pun persepsi masyarakat tentang lepasan universiti yang tidak
mahir bahasa Inggeris dikatan punca gagal mendapat pekerjaan, terdapat elemen
lain yang menjadi kriteria kepada peluang pekerjaan.
Apa gunanya jika berbangga dengan keupayaan bahasa yang tinggi tetapi amalan rasuah dan mengkhianati amanah juga hebat. Apa guna jika bercakap macam air tetapi tidak dapat selesaikan masalah jika diminta untuk selesaikan.

Rumusannya, bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya punca kepada
pengangguran sebaliknya kemahiran dan pengalaman kerja yang kurang menyebabkan
lepasan universiti tercari-cari pekerjaan yang sepadan untuk mereka.
No comments:
Post a Comment