Brunei akan menerima pelaburan besar bagi pembinaan loji petrokimia oleh syarikat persendirian dari China, Zhejiang Hengyi Group Company sebanyak $6 bilion. Dijangka pelaburan ini akan mewujudkan 2000 peluang pekerjaan dalam industri ini. Keputusan itu menghilangkan prasangka ke atas syarikat-syarikat pelaburan dari China yang sering kali mencetuskan kontroversi.
Brunei sebuah negara kecil dengan pendapatan per kapita yang
tinggi. Syarikat minyak Malaysia, Petronas sedang mengadakan usahasama cari
gali dengan kerajaan Brunei di blok baru yang diyakini mampu mengekalkan negara
itu sebagai negara makmur bagi tempoh 40 tahun yang akan datang. Kejayaan menarik
pelaburan dari China itu tentu merancakkan industri minyak dan gas.
Pertanyaan yang menarik di sini ialah peluang pekerjaan yang
bakal dicipta dalam industri minyak dan gas, bukan sahaja di Brunei malah di
Sarawak. Malaysia memiliki empat buah universiti teknikal tetapi kita tidak
dengar pun antara universiti ini yang menawarkan kursus berkaitan minyak atau
gas. Apakah kita ketandusan pakar untuk melatih pelajar dalam bidang berkenaan?
Cuma ada Universiti Teknologi Petronas yang membekalkan kepakaran tersebut, secara langsung, pelajar dari situ sajalah yang mengisi tenaga kerja sama ada untuk Petronas sendiri atau syarikat minyak lain di seluruh dunia.
Cuma ada Universiti Teknologi Petronas yang membekalkan kepakaran tersebut, secara langsung, pelajar dari situ sajalah yang mengisi tenaga kerja sama ada untuk Petronas sendiri atau syarikat minyak lain di seluruh dunia.
Fokus MTUN adalah untuk melahirkan bakal jurutera dalam pelbagai bidang namun apabila ada masalah jurutera yang tidak cekap mengendalikan peralatan, kursus berkaitan teknologi diperkenalkan untuk mengurangkan jurang antara jurutera dan juruteknik. Sekarang, Malaysia bakal ada ‘teknologis’ dalam empat tahun akan datang.
Berbalik kepada pelaburan di Brunei, peluang lepasan institusi
pengajian tinggi di Malaysia untuk menceburi bidang petrokimia dalam industri
minyak dan gas amat besar andainya diberi pendedahan dan pengetahuan. Pendapatan
dalam sektor ini amat lumayan. Sebagai galakan, kerajaan wajar memikirkan
tindakan jangka panjang untuk membentuk tenaga kerja mahir dalam industri ini
yang akan menyokong Petronas malah syarikat minyak di Brunei dan negara-negara
pengeluar minyak seluruh dunia. Usaha ini tentu melonjakkan kedudukan Malaysia
sebagai peneraju dalam menyediakan modal insan yang mahir lagi terlatih.
Barang kali juga kerajaan patut memberi galakan kepada
penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang memberi fokus kepada industri
minyak dan gas.
Peluang pekerjaan kepada pelajar dalam bidang minyak dan gas
amat cerah dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang. Mereka perlu menyediakan
diri dengan kemahiran komunikasi, bahasa Inggeris dan sikap mahu bekerja dari
bawah. Industri ini menjanjikan pendapatan yang lumayan berbanding bekerja
seharian di dalam pejabat yang berhawa dingin dengan pendapatan RM1000 hingga
RM2000 sebulan.
No comments:
Post a Comment