Shahabudeen Jalil, yang masih muda berazam tidak mahu makan gaji. Malah dia mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Menyedari ramai peniaga kecil Melayu terlalu bergantung kepada pemborong yang ghairah mengaut keuntungan besar, Shahabudeen membuka jalan membantu mereka membeli terus barangan dari tanah besar China.
Ratusan
peniaga kecil lega dan berterima kasih kepada beliau. Sesungguhnya ada peluang
untuk mengubah keadaan. Awang angkat topi kepada orang muda seperti
Shahabudeen.
Seorang lagi, Mohd. Zainuri Mohd. Idrus tidak pernah makan gaji. Ketika belajar, dia sudah berniaga kecilan-kecilan untuk menampung kos pengajian agar tidak membebankan ibu bapa. Hari ini, Zainuri adalah usahawan berjaya yang menceburi pelbagai bidang termasuk industri pertanian dan pertahanan.

Pemilik
Restoran Sekincan Ikan Bakar, Jamal Yusof tidak belajar tinggi. Dia bermula
dengan menjual burger tetapi sekarang membina nama. Jamal juga mampu melawan
putaran ganas orang tengah yang menyebabkan pengguna menanggung harga yang
tinggi.
Bukan mereka bertiga sahaja, ramai lagi yang berjaya kerana berani mengambil risiko untuk berniaga biarpun secara kecil-kecilan. Awang sentuh hal ini kerana resah dengan pembawaan ramai orang Melayu yang masih mengikat diri kepada makan gaji. Apatah lagi terlalu mengharapkan pekerjaan di sektor awam.

Kita
kini berdepan dengan realiti dan cabaran baru. Janganlah biarkan hanya kaum
tertentu sahaja menguasai bidang perniagaan dan keusahawanan. Ingatlah, margin
perolehan yang tinggi bukan dengan makan gaji.
Maka
jangan takut untuk menceburi bidang perniagaan asalkan berdisiplin dan sentiasa
belajar meningkatkan pencapaian. Bina nilai diri dengan berdikari. Awang pun
sudah penat makan gaji
(Utusan
Malaysia, 25 Disember 2011)
No comments:
Post a Comment