oleh Awang Selamat
Jalan raya menunjukkan kemajuan sesebuah negara. Dulu, selepas kemerdekaan Malaysia kebanyakan jalan di negara ini tidak berturap, tanah merah dan berkerikil.
Awang
masih ingat pada ketika itu, selepas hujan kaki kita berselut dengan tanah
merah dan pada musim panas pula berdebu. Itulah jalan yang ada pada ketika itu.
Kemajuan
Malaysia dalam tempoh 53 tahun selepas kemerdekaan amat cepat sekali. Hampir
keseluruhan jalan-jalan di seluruh negara kini diturap dengan tar. Di
kampung-kampung di luar bandar jalannya dikenali sebagai mini tar, yang ada
antaranya sehingga ke depan tangga rumah.
Jalan
raya jelas menunjukkan kemajuan Malaysia, berbanding dengan beberapa negara
lain yang masih lagi terkebelakang.
Namun,
setelah tahap liputan jalan berturap berjaya dicapai, kini kemajuannya diukur
melalui mutunya pula.
Di
Singapura, negara jiran termaju yang paling dekat dengan kita, mutu jalan
tarnya cukup hebat. Jarang sekali kita melihat jalan-jalannya berlubang,
berlopak-lopak atau turapannya tertanggal di sana sini.
Penyenggaraan
yang dilakukan cukup baik. Berbeza dengan mutu jalan raya kita – rata-ratanya
tidak sampai ke tahap seperti Singapura.
Awang
rasa mutu tarnya adalah sama, cuma penyeliaan dan penyenggaraan kita masih
boleh diperbaiki. Jika dikorek, turapannya dilakukan mengikut piawaian yang
tinggi.
Jika
dibandingkan dengan di Thailand pun, mutu jalan raya utama mereka cukup baik.
Awang
mahu jawapannya, di manakah silapnya mutu turapan jalan kita ini. Semasa musim
hujan ini, keadaannya lagi teruk.
Awang
– Termenung.
(Utusan
Malaysia, 28 November 2011)
No comments:
Post a Comment