Satu kajian terbaru mendakwa pelajar kidal sering mendapat markah rendah dalam ujian kecerdikan dan sepanjang tempoh persekolahan mereka berbanding rakan yang menggunakan tangan kanan.
Kajian Majlis Penyelidik Sosial dan Ekonomi Britain itu mendakwa perbezaan markah pelajar kidal dengan yang tidak itu cuma satu peratus.
Mereka membuat penilaian itu berdasarkan kajian ke atas lebih 10,000 kanak-kanak yang juga responden Projek Kanak-Kanak Universiti Bristol pada 1990-an.
Mereka membandingkan data pencapaian setiap kanak-kanak berkenaan di sekolah, berdasarkan ujian pada tahap 1, 2 dan 3 ketika berusia tujuh tahun.
Keputusan ujian mereka ketika berusia 11 dan 14 tahun, termasuk ujian kecerdikan turut dicatatkan.
Hasil kajian itu menunjukkan, pembangunan diri pelajar, khususnya perempuan lebih ditonjolkan.
“Ini membolehkan kami melihat faktor lain mewakili jurang perbezaan besar bagi pembangunan kognitif antara pelajar menggunakan tangan kanan dan kidal. Ini termasuk aspek latar belakang keluarga dan saiz keluarga,” kata ketua penyelidik, Profesor Paul Gregg.
[Berita Harian Online, 4/12/2008]
No comments:
Post a Comment