Wednesday, December 10, 2008

Kotak hiasan mengisi emas dan permata

Bisnes ini tidak memerlukan modal yang tinggi untuk dimulakan, tidak sampai RM2,000. Jika anda cenderung untuk membuat sesuatu secara terperinci, kreatif dan suka kepada kepelbagaian corak, bisnes ini menjanjikan pendapatan yang meyakinkan kerana modal permulaan yang tidak tinggi dan boleh dibuat dari rumah sahaja.

Kotak hiasan untuk mengisi permata, cincin permata atau barang kemas yang lain boleh disiapkan dalam masa 20 minit, menjadikan ia berpotensi untuk perusahaan yang berasaskan industri di rumah. Jenis atau bentuk rekaan yang kreatif bergantung kepada minat dan cita rasa pengguna.

Atau dalam erti kata lain, ‘berfikir di luar kotak.’ Rekaan kotak yang pelbagai jenis dan antik dapat menarik pelanggan untuk memilikinya sebagai hadiah yang boleh diberikan kepada rakan-rakan mereka. Pemilihan kayu yang berkualiti dapat menaikkan harga kotak dan jika sesuai dengan selera pelanggan, permintaannya mungkin berganda.

Tempat untuk memasarkan produk anda boleh dipelbagaikan seperti di karnival, ekspo atau di laman web. Seperti juga kaedah pemasaran barang-barang antik, laman web berperanan besar menarik bakal pelanggan anda dari seluruh dunia. Jika tidak pun, anda boleh menyewa ruang niaga atau berkongsi tempat jualan dengan pengusaha kraftangan yang lain.

Bisnes ini boleh berkembang seiring dengan permintaan orang ramai. Anda boleh memperkenalkan produk unik kotak permata kepada rakan-rakan, jiran atau kenalan rapat yang inginkan sesuatu yang baru di rumah mereka.

Pelanggan tidak cerewet untuk membayar kayu permata yang berharga RM100 hingga RM200 bagi menyimpan barang berharga mereka. Kunci kepada kejayaan bisnes ini ialah reka ciptanya mesti unik dan menarik.

No comments:

Post a Comment