Monday, December 29, 2008

Dilema Melayu-Islam: kurang fikir atau kurang zikir?

Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tahun: 2008
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Muka surat: 350

Buku ini memaparkan satu pandangan "luar kotak" (out of the box) untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan perlaksanaan fardu ain dan fardu kifayah, peranan hamba dan khalifah dan kesepaduan ilmu naqli dan aqli. Pandangan-pandangan yang diutarakan bertujuan untuk meredakan kecamuk fikiran hasil konflik berpanjangan dalam masyarakat Melayu-Islam masa kini. Buku ini menyentuh soal kepimpinan Melayu, politik, sosioekonomi, budaya, pendidikan dan isu-isu pergolakan dunia antarabangsa.

Terdapat 39 bab yang merangkumi berbagai-bagai topik. Penulis menggunakan penulisan yang santai tetapi mengajak pembaca untuk berfikir dan merenung setiap ayat yang ditulis.

Pahrol cuba mengenengahkan idea tentang isu dan permasalahan Melayu-Islam yang seringkali dikaitkan dengan perpecahan, kemiskinan jiwa dan hala tuju hidup. Dia juga mengasak daya fikir pembaca untuk melihat kebenaran dan kejayaan daripada perspektif yang berbeza.

Buku “Delima Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?” diharap akan menjadi sumbangan untuk menyelesaikan dilema Melayu yang terus dihimpit oleh masalah perpaduan dan perjuangan yang belum selesai. Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan para hamba-Nya yang benar-benar bersungguh menempuh jalan menuju-Nya dan mencari keredhaan-Nya.

[Rujukan: http://adikbijak.com/]
Post a Comment