Wednesday, December 31, 2008

Khidmat penghantaran cepat

Bantu bisnes rakan anda mendapat pesanan dengan khidmat penghantaran cepat. Melalui khidmat ini, anda dapat menjual banyak jenis bisnes dengan menyediakan iklan anda di dalam bahan-bahan penerbitan yang diedarkan kepada masyarakat setempat.

Semua orang mendapat faedah, termasuk anda! Dengan persaingan di kalangan pengusaha bisnes yang kecil dan sederhana, menyediakan khidmat pesanan cepat seperti ini menampakkan kejayaan. Usahan dapat mengiklankan bisnes mereka dalam medium di mana ia akan sampai ke pengetahuan pelanggan dengan cepat dan mudah.

Penggunaan kupon dengan diskaun hebat mampu menambah jualan anda. Orang ramai biasanya memberi maklum balas dengan memotong kupon diskaun yang dipamerkan di dalam bahan edaran.

Kupon memberi kelebihan kepada pelanggan yang pemalu. Pada masa yang sama anda membina bisnes di sekitar anda dengan menyebarkan maklumat perkhidmatan yang disediakan. Disebabkan anda sentiasa berjumpa pelanggan hanya di sekitar tempat tinggal anda, bisnes ini boleh dibuat di rumah.

Untuk berjaya dalam bisnes seperti ini, anda perlukan kemahiran komunikasi yang dapat menawan hati pelanggan ataupun ada personaliti menjual. Ianya lebih membantu jika pengalaman kerja anda ada kaitan dengan percetakan, grafik dan industri penghantaran.

Pelanggan anda adalah komuniti bisnes. Antaranya ialah restoran, kedai kereta dan peruncitan yang mendapat faedah langsung daripada khidmat anda ini. Selain itu, kedai gunting rambut, refleksiologi, dobi dan pusat jagaan kanak-kanak juga boleh menjadi sebahagian daripada senarai pelanggan anda.

Strategi terbaik dan berkesan ialah anda sendiri yang berjumpa dengan usahawan yang terlibat dan menawarkan khidmat anda itu.

Peralatan?

Sebuah komputer dengan pencetak lazer, mesin faksimile di mana pelanggan anda dapat mengubah iklan dengan segera dan sebuah kenderaan untuk anda bergerak mencari pelanggan. Telefon bimbit juga berperanan besar ketika pelanggan sedang mencari anda untuk mendapatkan khidmat ini.
Post a Comment