Monday, December 15, 2008

Raihlah kejayaan- meneladani semangat jihad orang-orang terdahulu

Penulis: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit: Al Hidayah Publisher, Kuala Lumpur.
Muka surat: 150

Jihad pada zaman dahulu, pada awal kedatangan Islam, diertikan sebagai mengisytiharkan perang kepada mereka yang tidak mematuhi perintah Allah dan tidak mahu menjauhi larangan-Nya. Mereka yang tidak mahu mematuhi syariat Allah dianggap sebagai menolak prinsip keadilan sejati dan berdegil dengan kezaliman yang mereka terapkan. Ini tujuan utama memerangi mereka.


Jihad pada masa kini mestilah diertikan sebagai usaha gigih disertai dengan keketekunan untuk memerangi kemiskinan, kebodohan dan keterbelakangan yang melanda hampir seluruh umat Islam. Semangat jihad generasi pertama Islam mesti diwujudkan sebagai langkah untuk menghapuskan segala bentuk kezaliman terhadap kekuasaan, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Perlu diingat bahawa pertolongan Allah pasti mengiringi mereka yang sentiasa berusaha keras disertai dengan semangat jihad. Al-Qarni dalam buku ini, dengan gaya bahasa yang mudah difahami, telah pun mengupas dengan terperinci bagaimana cara memperoleh kejayaan dan mengenal pasti faktor-faktor kekalahan ketika berjuang melawan kekejaman hidup, di samping bagaimana pula menyikapi dugaan yang apabila menimpa seakan tidak mengenal kata henti, dengan menteladani semangat jihad yang telah dipelopori oleh generasi pertama Islam.

No comments:

Post a Comment