Wednesday, December 03, 2008

Penampan buku (bookends) kreatif

Penampan buku memberi peluang yang sangat besar kepada anda yang kreatif kerana modal untuk memulakan bisnes ini sangat rendah. Modal permulaan tidak sampai RM2,000, boleh dibuat di rumah dan separuh masa sahaja.

Kenapa anda tidak mencuba bisnes yang mudah ini? Penampan buku boleh dikelaskan di bawah bisnes hadiah dan cenderamata yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja – rakan, teman rapat atau perasmi majlis. Dan paling menarik ialah bisnes ini boleh dimulakan dengan kos di bawah RM500 dan dibuat di rumah.

Kekuatan utama bisnes seperti ini ialah kreativiti dan berupaya mereka bentuk penampan buku yang berbeza daripada pasaran. Ada idea reka bentuk ini bermotifkan persekitaran, memperkenalkan buah-buahan atau sayur-sayuran dan juga mungkin menyedarkan orang ramai berkenaan teknologi maklumat.

Jika sasaran pelanggan anda adalah pelajar sekolah dan kolej, corak warna dan harga adalah penentu kepada kelarisan produk tersebut. Jika orang dewasa, rekaan seakan-akan barang antik mungkin menjadi pilihan.

Bahan-bahan material untuk membuat penampan buku ini boleh dipilih sama ada kayu atau besi malah plastik kerana ringan. Letakkan produk rekaan anda itu di kedai hadiah, kedai buku dan juga Internet.

No comments:

Post a Comment