Sedikit demi sedikit isu Rohingya disingkap.
Penemuan kubur di sempadan Malaysia-Thailand mencetuskan perdebatan baru dalam
kalangan masyarakat antarabangsa. Beberapa pertemuan antara negara terlibat
memutuskan tindakan segera bersifat kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian
yang dikatakan sebagai mangsa pemerdagangan manusia.
Pertemuan menteri-menteri luar Malaysia,
Indonesia dan Thailand baru-baru ini dapat menyelesaikan isu ini dalam jangka
masa pendek. Ketiga-tiga negara bersetuju menjejak dan menempatkan pelarian
Rohingya dan mangsa pemerdagangan manusia ini. Dianggarkan ribuan mangsa sedang
bergerak menuju ke destinasi utama iaitu Malaysia.
Awal tahun 2000, kerajaan Amerika Syarikat
telah pun mengingatkan kerajaan Malaysia supaya lebih tegas dalam menangani
pemerdagangan manusia rentas sempadan. Gesaan lebih keras bermula pada tahun
2004 dan berlanjutan ke tahun 2005 kerana semakin ramai mangsa pemerdagangan
manusia ini, bukan sahaja dari Rohingya malah Bangladesh, Nepal dan Indonesia.
Selepas sepuluh tahun, Rohingya masih menjadi
mangsa pemerdagangan. Penemuan kubur di sempadan Malaysia-Thailand menjadi
bukti bahawa kelompok minoriti ini berhadapan dengan kehidupan yang sukar di
tanah air sendiri.
Semua jari menuding ke satu arah iaitu Mynmar
sebagai punca masalah. Tersentak dengan tuduhan, kerajaan Mynmar menepis satu
demi satu tuduhan berkenaan dalam mesyuarat serantau, menggalakkan golongan
buddha mengadakan tunjuk perasaan dan berusaha menyertai setiap perbahasan bagi
menangkis tohmahan.
Mynmar harus berhadapan dengan pelbagai
tuduhan yang diberikan kepada mereka. Salah satunya datang daripada bekas
perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang mengatakan Mynmar harus
menyedari penindasan yang terjadi merupakan kekejaman kepada manusia.
“Walaupun banyak yang telah bersuara, kami
perlukan kerjasama dari pimpinan Mynmar untuk melakukan langkah strategik
kepada pelarian Rohingya”, kata beliau kepada The Age.
Kerajaan Mynmar tidak mahu mengiktiraf 1.3
juta Rohingya sebagai warganegara sebaliknya mengatakan mereka sebagai
pendatang haram yang menetap di tempat yang salah.
Dalam pertemuan wakil kerajaan Mynmar dengan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada jumaat lepas, PBB menyeru Mynmar mengakui
Rohingya sebagai warganegara yang menetap di wilayah Rakhine sejak 400 tahun
lepas. Respons Myn amat keras iaitu tidak mahu disalahkan.
Mynmar lebih cenderung mengiktiraf Rohingya
dengan panggilan Bengali supaya dapat menekan Bangladesh untuk menerima kembali
etnik itu. Gelaran Bengali juga menjadikan Rohingya sebagai bukan warganegara
sebaliknya sebagai pelarian yang patut tinggal di kem-kem pelarian.
Keengganan Mynmar dan tindakan ASEAN yang
lambat menangani Rohingya menjadikan negara-negara jiran terpaksa menanggung
beban disebabkan masalah yang dihadapi Mynmar. Walaupun ASEAN mengamalkan
konsep tidak campur tangan isu dalam negara anggota, isu Rohingya nampaknya
sudah melangkaui sempadan negara itu.
Memaksa Mynmar memberi kewarganegaraan dilihat
suatu yang mustahil tetapi ia perlu diteruskan supaya Rohingya mendapat
pembelaan. Penglibatan masyarakat antabangsa seperti PBB, OIC dan ASEAN sendiri
boleh merungkai masalah ini biarpun mengambil masal yang lebih lama.
No comments:
Post a Comment