Cita-cita seorang ahli silat dalam jurus
persilatannya adalah menjadi pendekar. Pendekar menjadi lambang kemegahan dan
kecemerlangan dalam penguasaan ilmu persilatan.
Pendekar berasal dari perkataan panikkar dalam bahasa Malayalam yang
boleh dijejak dari bahasa Sanskrit parinayaka
yang bererti ketua panglima. Teori lain yang lebih popular mengatakan ia
berasal dari perkataan Melayu yang bererti pandai
dan akar. Ia juga boleh dikaitkan
dengan bahasa Kiwi iaitu upakara yang
bererti guru dan kekerepan yang
bermaksud cita-cita.
Pendekar tulen menguasai pelbagai aspek seni
pertahanan diri seperti teknik dan kaedah serangan, cara kawalan diri dan
sedikit sebanyak perubatan tradisi. Pendekar lebih daripada hanya sebagai
instruktor atau pakar. Seorang pendekar mestilah seorang pejuang, perawat dan
menunjukkan contoh disiplin dalam budaya hidup dan kebijaksanaan.
Di peringkat tertinggi, pendekar tidak
perlukan senjata sebaliknya hanya menggunakan kepintaran minda untuk menewaskan
musuh. Memberi tumpuan ke atas tenaga, pendekar berupaya menyerang musuh tanpa
menyentuhnya.
Cerita-cerita rakyat mempamerkan pendekar
sebagai pejuang yang memiliki kemahiran seperti boleh terbang, larian yang
pantas, ghaib di sebalik asap tebal dan muncul tiba-tiba, berjalan di atas
permukaan air, tidak dapat dilihat dan boleh melompat dari satu bumbung ke satu
bumbung rumah.
Menjadi seorang pendekar bukanlah mudah.
Justeru, seorang pendekar tidak perlu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas
hati berkaitan layanan orang lain ke atas dirinya kerana pendekar adalah
seorang pejuang, pintar dan boleh mengalahkan musuh tanpa menyentuhnya.
No comments:
Post a Comment