Penulis: M. Zakir Azmi
Tahun: 2012
Penerbit: A.S Norordeen, Kuala
Lumpur.
Muka Surat: 220
Buku ini ingin meneroka kepentingan
pembangunan personaliti dari perspektif sirah dan menerangkannya dengan
nilai-nilai kejayaan bagi membezakannya dengan nilai-nilai jahiliyah.
Ia memberikan bukti bahawa mereka
yang dilatih dan dididik oleh Rasulullah saw kemudiannya menjadi jurucakap
kepada Islam dan pemimpin hebat yang membebaskan pemikiran manusia daripada
menyembah patung dan berhala kepada cahaya keislaman.
Analisis mendalam kaedah rasul dalam
membetulkan kesilapan dan kesalahan manusia melalui cara yang ideal telah
memberi impak kepada kehidupan manusia yang berkualiti.
Buku ini sangat sesuai untuk tatapan
perunding motivasi, pembuat polisi dan bahagian pembangunan manusia untuk
melihat kaedah Rasulullah saw membangunkan manusia sekitarnya berdasarkan nilai
rabbani.
Bab ketiga menghuraikan secara
khusus kaedah rasul ini dengan memasukkan peranan usrah sebagai asas pembinaan personaliti
muslim yang hebat, akhirnya kelompok yang berada dalam usrah inilah digelar
dengan “generasi yang unik”.
No comments:
Post a Comment