Pekerja merupakan penggerak kemajuan dan
pembangunan negara serta pemangkin dalam mewujudkan sebuah masyarakat sejahtera
dalam ekonomi, sosial, budaya dan akal budi.
Di Malaysia, kerajaan menunjukkan keprihatinan
kepada pekerja pada tahun ini melalui tiga inisiatif, pertama, cuti tiga hari
tanpa rekod bagi pekerja yang kematian keluarga terdekat yang dipanjangkan
kepada ibu atau bapa mertua, kedua, PERKESO meluaskan saringan kesihatan
percuma kepada pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun ke atas, dan ketiga,
liputan perlindungan kesihatan sosial PERKESO diperluaskan kepada semua pekerja
tempatan sektor swasta tanpa mengira had gaji. Kesemua inisiatif ini akan
bermula pada Julai nanti.
Sambutan Hari Pekerja di Malaysia berada dalam
keadaan aman berbanding beberapa buah negara luar.
Di Turki, pihak polis bertempur dengan
penunjuk perasaan di Istanbul menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Di
Milan, Itali dan Athern, Greece, ribuan orag mengadakan perhimpunan.
Di Moscow, Rusia, ribuan pekerja dan pelajar
berkumpulan di Dataran Merah sambil mengibar bendera Rusia dan memakai baju T
bergambarkan Vladimir Putin.
Di Korea Selatan, ribuan pekerja membantah
cadangan pembaharuan kerajaan manakala di Jerman hampir 400,000 orang berarak
di jalan raya.
Pekerja di Malaysia harus bersedia untuk
menghadapi pertumbuhan ekonomi yang bertambah pesat dalam tempoh lima tahun
akan datang. Ketika ini Malaysia hanya memiliki 25.3 peratus pekerja mahir,
61.8 peratus kemahiran sederhana dan 12.9 peratus mahir tahap rendah.
Tumpuan kepada latihan kemahiran teknikal ini
sudah tentu menjadi perhatian institusi latihan dan universiti teknikal untuk
menyahut cabaran melahirkan pekerja mahir di semua peringkat. Generasi muda
yang sedang melanjutkan pelajaran masing-masing akan mendapat galakan dan
dorongan untuk meningkatkan kemahiran mereka supaya berupaya bekerja dalam
persekitaran yang kompetitif dan teknologi tinggi.
No comments:
Post a Comment